Pengiraan Kalori Lemang untuk Kesejahteraan Hari Raya Nanti

Agak-agaknya Berapa Kalori Lemang Hari Raya? Dalam siri pendedahan kali ini, kami akan memberitahu anda apakah risiko kesihatan apabila memakan juadah Hari Raya dengan terlalu banyak tanpa kawalan. Dapatkan semua info disini.

Berapa Kalori Lemang Hari Raya

Berapa Kalori Lemang Hari Raya Summary

  • Health Info: Berapa Kalori Lemang Hari Raya
  • Ministry: KKM Malaysia
  • Media Publicity: For public awareness

Berapa Kalori Lemang Hari Raya Highlights

Seringkali kita terbayang diminda betapa sedapnya juadah Hari Raya Aidilfitri di Malaysia seperti ketupat, rendang, lontong, nasi impit segera, kuah kacang, sambal jawa, masak lodeh, serunding daging, serunding kelapa dan lain-lain.

Tetapi tahukah anda Berapa Kalori Lemang? Biasanya makanan wajib hari lebaran ini dibakar pada 2 minggu terakhir bulan Ramadhan dan permintaan semakin tinggi apabila 1 Syawal hampir tiba. Kementerian Kesihatan Malaysia melalui laman Facebook rasmi KKM telahpun mendedahkan berapakah jumlah kalorinya supaya kita mengambil dalam kuantiti yang tidak berlebih-lebihan.

Berapa Kalori Lemang Hari Raya Menurut Kajian KKM

Sedapnya menikmati juadah hari raya di dalam musim perayaan ini. Jom ketahui kalori dalam tiga potong lemang. Kekal bersederhana. Untuk pengetahuan semua, bagi setiap tiga (3) hidangan lemang yang kita makan dengan berat 90-gram bersamaan dengan 300 kcal.

Kesimpulannya

Pada hemat kami, anda harus bijak menilai makanan apakah yang sesuai dimakan supaya tidak mudaratkan badan kita. Biasanya kepada penggemar lemang bukan sekadar 3 keping sahaja, kadang kala boleh dihabiskan 1 batang lemang dalam sekali menu hidangan. Ini belum dicampur dengan rendang daging yang diambil dalam kuantiti yang banyak, kuah kacang dan kuah masak lodeh atau sambal jawa yang mengandungi santan pekat yang banyak.

Jika dihitung, jumlah kalori yang anda makan pada 1 Syawal dengan minuman manis mungkin 10 kali ganda dari nilai kalori yang diambil pada hari biasa kita. Cuba bayangkan jika pada hari raya ke-2 dan Syawal berikutnya jika anda berkunjung ke rumah saudara mara, anda secara sengaja telah memasukkan kalori yang terlalu banyak dari keperluan badan. Ini boleh mendatangkan masalah obesiti dan kekenyangan melampau. Tumpuan pemanduan akan terjejas jika kita terlebih kenyang.

Walaupun 1 Syawal diharamkan berpuasa, tidak bermakna kita boleh makan ikut suka hati. Bersederhanalah dalam setiap perkara tidak kira dalam urusan jual beli, membeli juadah berbuka puasa, membeli persiapan raya seperti baju raya dan lain-lain perkara termasuk bab pemakanan kerana bersederhana dituntut dalam ajaran agama Islam. Semoga kita mendapat keberkatan dan peringatan mesra ini dapat membantu anda menangani masalah makan terlalu banyak ketika di hari raya.

Tahukah Anda?

Hari Raya sebenarnya mengajar kita erti kemenangan dan kemenangan yang sebenarnya adalah menentang hawa nafsu.

Related Article About Health Information

10 Senaman Terbaik untuk Mengurangkan Keletihan Mata

Ketahui Bagaimana Senaman Dapat Mengurangkan Keletihan Mata Secara Berkesan Ketahui lebih lanjut di website kami dan cuba kaedah senaman terbaik ikhtiar untuk keletihan mata bagi meningkatkan kesejahteraan, produktiviti dan aktiviti harian anda! Senaman ini berfungsi...

Read More

Kenali 10 Tips Tidur Berkualiti Untuk Gaya Hidup Sihat!

Inilah 10 Tips Tidur Berkualiti Anda Mesti Buat Tidur merupakan keperluan utama sepanjang hari. Layari laman web kami untuk bimbingan bagaimana meningkatkan kualiti tidur dan cara untuk menikmati setiap minit daripadanya. Kami juga akan membincangkan...

Read More

FAQ Lemang: Soal Jawab Kesihatan

Adakah lemang makanan yang sihat?

Tidak ada yang salahnya dengan memakan lemang atau apa jenis makanan pada Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini asalkan tidak keterlaluan dan terlalu kenyang. Cuba makan dalam kuantiti yang sedikit sambil mengambil buah-buahan tempatan dan minum air kosong untuk mengekalkan kesihatan dan kecergasan sepanjang Bulan Syawal.

error: Content is protected !!