Ubat Rawatan Kesuburan dan Keberkesanan Untuk Kehamilan

Runsing kerana sukar hamil dan ingin cuba ubat kesuburan? Kecewa apabila setiap kali anda datang bulan dan tidak mengandung-mengandung? Apakah itu ubat kesuburan dan fungsinya? Pada waktu bilakah kita mengambil ubat tersebut? Semua persoalan-persoalan yang timbul dalam benak kita akan terjawab pada bahagian ini.

Ubat Rawatan Kesuburan

Ubat Rawatan Kesuburan Summary

  • Health Info: Ubat Rawatan Mendapatkan Zuriat
  • Department: O&G
  • Media Publicity: For general purpose

Apakah itu Ubat Kesuburan?

Ubat kesuburan adalah ubat kimia yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (Ministry of Health atau singkatannya MOH). Setiap ubat mempunyai fungsi tertentu dan sangat berbahaya jika anda menggunakannya tanpa mendapat nasihat dari doktor pakar. Ia dikategorikan sebagai ubat kawalan atau control medicine dimana setiap ubat kesuburan boleh dibeli di farmasi kerajaan atau swasta tetapi mesti mendapat prescription doktor anda.

Ubat ini tidak boleh dibeli sesuka hati dan mesti mendapat nasihat doktor. Jadi sebarang pengambilan ubat kesuburan mesti mendapat nasihat dari doktor reproduktif.

Ubat seperti jamu, air minuman zuriat dan lain-lain amatlah tidak digalakkan untuk anda cuba kerana ia akan membahayakan hormon, alat kelamin dan juga berisiko mendapat penyakit yang sangat dashyat. Selain itu, buah pinggang anda rosak dan mencetuskan pelbagai penyakit kronik. Ubat akar kayu yang dijual di tepi jalan yang dikatakan boleh merawat pelbagai penyakit adalah sangat berbahaya kerana ia dapat membahayakan kesihatan dan nyawa kita.

Jadi, jangan sekali-kali cuba membeli ubat akar kayu kerana bahan-bahan tersebut tidak melalui ujian klinikal dan makmal. Hanya kepercayaan sesetengah orang tidak boleh dijadikan asas untuk mempercayai ubat akar kayu mujarab untuk mengatasi masalah kesuburan.

Apakah Fungsi Ubat Kesuburan?

Terdapat 2 kategori ubat kesuburan seperti berikut: –

  1. Ubat untuk wanita.
  2. Ubat untuk lelaki.

Ubat kesuburan wanita berfungsi untuk meningkat kadar penghasilan telur dan mematangkan telur supaya telur kelihatan besar diwaktu subur wanita. Ia juga membantu meningkatkan hormon wanita manakala bagi kaum lelaki biasanya berkaitan dengan air mani dan kandungan sperma yang terdapat pada air mani. Selain itu, lelaki mempunyai masalah hormone atau masalah menegang zakar juga salah satu contoh masalah penyakit kelamin lelaki.

Buat Appoinment dan Nyatakan Masalah Dengan Jelas Kepada Doktor Anda

Setelah 6 bulan anda mendirikan rumahtangga tetapi anda masih tidak boleh hamil, ini adalah petanda awal yang anda dan pasangan anda mengalami masalah kesuburan.

Perasaan Malu?

Ramai yang merasa malu untuk memberitahu masalah kepada doktor pakar. Tetapi sedarkah anda, ramai yang telah berkahwin dan menyatakan masalah kewangan atau masalah rumahtangga secara terang-terangan di media social? Tidak kurang juga ramai yang menyatakan perasaan marah dan kecewa dengan pasangan sendiri akibat curang atau tidak menjalankan tanggungjawab sebagai pasangan yang baik?

Jika perasaan seperti curang dan rasa tidak dihargai pasangan dapat diceritakan melalui facebook, Instagram, tweeter atau apa sahaja platform media social yang ada, ini bermaksud anda nekad memberitahu kepada sesiapa sahaja didunia maya dan perkara ini boleh membuka aib anda sendiri. Tetapi berlainan pula dengan masalah sukar hamil yang jarang sekali dikemaskini di media social. Kita seolah-olah berasa malu untuk memberitahu kepada orang lain.

Pada pendapat kami, masalah rumahtangga seperti curang, kewangan dan kesihatan dalaman tidak perlu diwar-warkan kepada umum kerana perkara itu terkena kepada diri kita sendiri. Cara yang lebih baik adalah dengan berjumpa kaunseling jika masalah rumahtangga ataupun berjumpa dengan pakar reproduktif jika mengalami masalah kesuburan dan sukar hamil.

Berbalik kepada isu membuat appointment dengan doktor bahagian reproduktif, anda tidak perlu berasa malu. Mereka adalah professional dan tidak akan membocorkan rahsia anda atau pasangan anda. Anda mesti nyatakan dengan jelas masalah yang anda hadapi seperti kitaran haid yang tidak teratur, kurang rangsangan zakar untuk menegang, senggugut dan masalah-masalah lain. Membuat appointment dengan doktor reproduktif adalah cara awal bagi menangani masalah sukar hamil di peringkat awal perkahwinan.

Memakan Ubat Kesuburan dan Supplement

Selepas doktor mengenalpasti masalah terkait anda atau pasangan anda, doktor akan membuat analisis, memberi nasihat dan memberikan ubat kesuburan. Pada peringkat awal appointment dengan doktor pakar reproduktif, anda doktor akan membuat analisis kepada beberapa perkara seperti berikut: –

  • Menentukan kitaran haid samada 28 hari, 30 hari atau sebagainya.
  • Menentukan waktu yang sesuai untuk hubungan kelamin berdasarkan analisis yang dilakukan. Contohnya pada waktu malam atau setiap selang sehari dari sebelum atau selepas waktu subur ditentukan.
  • Menasihati teknik hubungan kelamin yang bersesuaian untuk meningkatkan peratusan hamil.
  • Melakukan beberapa ujian kesuburan seperti mengambil sampel darah dan sampel air mani.

Doktor reproduktif akan menentukan ubat apa yang sesuai untuk anda selepas semua perkara diambilkira. Doktor akan membuat janjitemu seterusnya seperti hari kedua datang haid atau pada hari subur seperti hari ke-14. Fasa ini biasanya melibatkan tempoh masa antara 6 bulan hingga 1 tahun sebelum kaedah IUI dilakukan.

Related Article About Fertility

Fertility Pharmaceuticals: Optimizing Conception!

Fertility Medications and Drugs to Enhance Your Journey We will discuss about fertility medications which are the second step for you to be a mother. Worried because it’s hard to get pregnant? Frustrated when every...

Read More

IUI Fertility Treatment: A Method to Enhance Conception

IUI Fertility Treatment: A Method to Achieve Conception Intrauterine Insemination or IUI for short is procedure in treating infertility for woman. This is a moderate stage procedure before performing more complex and expensive IVF treatments....

Read More

Top Clinics / Hospitals for IUI Fertility Excellence. Must Read!

Highly Recommended Hospitals/Clinics for IUI Fertility Treatment There are many government hospitals, private hospitals and gynaecological clinics that provide IUI fertility treatment. In Malaysia alone, almost every government hospital has a specialized reproduction department to...

Read More

Prosedur IUI: Panduan Lengkap untuk Rawatan Kesuburan. Wajib Baca

Prosedur IUI: Langkah-Langkah Menuju Kesuburan dan Mendapat Anak Intrauterine Insemination atau singkatannya rawatan kesuburan IUI adalah prosedur dalam merawat kesuburan dalam rawatan kesuburan wanita selepas melakukan hubungan kelamin secara semulajadi dan memakan ubat kesuburan tidak...

Read More

FAQ LOREM: Answers to Your Common Questions

Apakah contoh ubat kesuburan yang ada dipasaran?

Biasanya doktor akan memberikan anda ubat Clomid iaitu non-steriodal fertility medicine yang berfungsi untuk menghasilkan hormone dari kelenjar pituitary untu meransang kesuburan dengan lebih baik. Bahan aktif yang terdapat pada Clomid 50 adalah clomiphene citrate.

Satu lagi ubat yang popular adalah Femara. Femara menggalakkan pengembangan telur wanita dan mendorong ovulasi pada wanita yang mengalami corak waktu kesuburan yang tidak teratur. Ia juga membantu meningkatkan penghasilan telur wanita.

Apakah ubat kesuburan wanita yang berfungsi untuk meransang telur dan hormone?

Ubat kesuburan wanita yang popular untuk merawat peringkat awal masalah pengembangan telur dan hormone adalah Clomid dan Femara yang boleh didapati di farmasi dengan preskripsi doktor.

error: Content is protected !!