Wabak Monkeypox: Penularan, Tanda, dan Gejala yang Perlu Diketahui

Monkeypox atau cacar monyet apakah tanda, gejala dan nasihat yang perlu kita ikuti bagi mengekang penularan wabak yang semakin mengganas di negara Barat ketika ini? Mari kita dapatkan pengetahuan mengenai wabak ini dari sumber yang sahih iaitu dari Kementerian Kesihatan Malaysia KKM.

Penularan Wabak Monkeypox: Tanda dan Gejala

Penularan Wabak Monkeypox : Tanda dan Gejala Summary

  • Health Info: Penularan Wabak Monkeypox: Tanda dan Gejala
  • Ministry: KKM Malaysia
  • Media Publicity: For public awareness

Penularan Wabak Monkeypox: Tanda dan Gejala Highlights

Ramai yang berasa gusar mengenai satu wabak yang telah menular dengan sangat pantas di negara-negara Eropah. Apakah kesiapsiagaan kita dalam memastikan wabak ini tidak terus menjangkiti rakyat Malaysia. Topik kali ini kami akan memperihalkan mengenai Penularan Wabak Monkeypox : Tanda dan Gejala yang bersandarkan sumbernya dari Kementerian Kesihatan Malaysia KKM. Bagaimanakah cara menangani wabak ini dan apa yang perlu anda lakukan? Persoalan tersebut bakal dijawab sekarang.

Nasihat, Tanda dan Gejala Monkeypox

Menurut laman Facebook rasimi Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM ingin merujuk kepada berita penularan wabak cacar monyet di tiga (3) benua iaitu Benua Eropah (United Kingdom, Sepanyol, Portugal, Belgium, Peranchis, Itali dan Jerman), Benua Amerika (Amerika Syarikat dan Kanada) dan Australia.

Bagi pengembara yang baru tiba dan mengalami gejala jangkitan monkeypox, mereka dinasihatkan untuk mengikuti langkah yang dikongsikan agar:

  • Tindakan pengasingan dapat segera dilakukan.
  • Pengesanan dan kuarantin kontak dapat dilaksanakan bagi mengekang penularan jangkitan.

Nasihat Kepada Pengembara yang Pulang Daripada Negara Wabak Penyakit Cacar Monyet

Berikut adalah nasihat yang dinukilkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kepada pengembara yang pulang dari negara yang telah dikenalpasti wujudnya wabak Monkeypox. Bagi pengembara yang tiba di Malaysia dari kawasan yang terdapat jangkitan Monkeypox dan mengalami gejala ini dalam tempoh tiga (3) minggu selepas meninggalkan kawasan tersebut:

  1. Segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran.
  2. Maklumkan kepada doktor mengenai sejarah perjalanan tersebut.
  3. Elakkan daripada kontrak lansung dengan individu lain.
  4. Lakukan pengasingan diri selama sekurang-kurangnya 21 hari bagi memastikan ruam makulopapular kering sepenuhnya.

Kesimpulan Penularan Wabak Monkeypox: Tanda dan Gejala

Mana-mana pengembara haruslah mengambil tanggungjawab sosial untuk menjaga diri dan keluarga dari wabak Monkeypox terus menjangkiti manusia. Jangan ambil mudah sepertimana pengalaman kita yang tidak ambil peduli dengan virus Covid-19. Banyakkan membaca dari sumber yang sahih terutama sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan jangan kongsi berita palsu yang boleh memesongkan hati orang lain. Kita bertanggungjawab atas apa yang kita tulis dan kita tularkan. Kita tidak mahu episod berita palsu berniat jahat seperti yang terjadi kepada program vaksinasi Covid-19 ini berulang lagi.

Anda boleh lihat sekarang dengan vaksinasi yang telah meliputi hampir semua rakyat Malaysia, kita sudah boleh hidup seperti biasa. Lindung diri, lindung semua!

Tahukah Anda?

Related Article About Health Information

Penularan Virus Cacar Monyet: Pemahaman dan Pencegahan

Cacar Monyet (Monkeypox): Pemahaman, Pencegahan, dan Rawatan Ketahui virus terbaru melanda dunia iaitu Monkeypox ataupun Cacar Monyet? Mari kita dapatkan informasi dari sumber yang dipercayai supaya kita dapat menjaga diri kita sewaktu berada diluar. Langkah...

Read More

FAQ Monkeypox: Answers to Your Common Questions

Apakah tanda-tanda penyakit cacar monyet atau Monkeypox ini?

Tanda-tanda jangkitan cacar monyet adalah mirip cacar (smallpox) iaitu demam, keletihan, sakit kepala serta ruam makulopapular.

error: Content is protected !!