10 Perkara Penting Mengenai Senaman untuk Ibu Mengandung Ibu mengandung adalah satu fasa dalam kehidupan yang unik. Oleh itu, pelbagai senaman ringan yang kami kongsikan adalah mudah, selamat dan sesuai untuk menjaga bentuk badan serta...
Read MoreKetahui Gonal-F Solution: Ubat Rawatan IVF yang Berkesan
Gonal-F Solution Ubat Rawatan IVF Summary
- Health Info: Fertility Medicine
- Health Category: Fertility
- Media Publicity: For public awareness
Gonal-F Solution for Injection in Pre-Filled Pen
Gonal-F Solution for Injection in Pre-Filled Pen adalah sejenis ubat dikilangkan di Itali yang digunakan untuk rawatan IVF. Biasanya ubat ini digunakan untuk membantu menghasilkan folikel dikalangan wanita yang tidak boleh mengovum dan tidak mendapat kesan yang signifikan daripada rawatan dengan ubat yang dinamakan Clomiphene Citrate. Ubat ini juga membantu menghasilkan beberapa folikel dikalangan wanita yang menjalani prosedur bantuan teknologi reproduktif seperti persenyawaan in-vitro (IVF).
Ubat ini adalah ubat kawalan dan tidak boleh dimakan tanpa mendapat preskripsi dari doktor pakar yang merawat masalah kesuburan anda.
Malaysia Fit Info: Ubat Clomiphene Citrate adalah ubat yang anda boleh dapati di farmasi seperti Clomid 50mg, Clomitop 50mg, Amicomi 100, Clomimed 50 dan lain-lain. Biasanya ubat-ubat ini adalah untuk rawatan peringkat mula-mula jika wanita menghadapi masalah ketidaksuburan.
Bagaimana Ubat ini Berfungsi?
Gonal-F tidak jauh bezanya dengan hormone folikel (FSH) yang dihasilkan secara semulajadi dalam badan wanita. Ubat ini akan meransang ovari menjadi besar dan matang. Ubat ini boleh meningkatkan risiko yang dipanggil sebagai OHSS iaitu Ovarian Hyperstimulation Syndrome. Sindorm Perangsangan Berlebihan pada ovari mengakibatkan anda berasa sedikit sakit perut dan kembung perut. Gejala ini adalah biasa dialami oleh pesakit yang mengambil suntikan ubat Gonal-F ini.
Malaysia Fit Info: FSH ataupun hormon peransang folikel diperlukan dalam badan wanita untuk pertumbuhan dan perkembagan telur supaya kadar kesuburan dalam ditingkatkan.
Peringatan: anda tidak digalakkan untuk menggunakan ubat ini jika anda ada penyakit tumor hipotalamus atau kelenjar pituitary dari otak.
Idamkan Mempunyai Anak Kembar?
Menurut kajian, ubat suntikan Gonal-F dapat memberikan kehamilan berbilang (multiple conceive) dengan kadar yang lebih tinggi dari persenyawaan semulajadi. Jadi, jika anda idamkan anak kembar, berbincanglah dengan doktor sakit puan anda untuk mendapatkan anak kembar. Tetapi kebanyakan doktor akan cuba mengurangkan kehamilan berganda kerana risiko yang lebih besar menanti kepada para ibu dan bayi yang akan lahir nanti.
Masalah Keguguran Bayi dalam Kandungan
Penggunaan ubat ini dapat meningkatkan kekerapan untuk keguguran jika dibandingkan dengan melakukan persenyawaan secara semulajadi. Ini kerana rawatan meransang pertumbuhan folikel boleh mendatangkan berita gembira untuk anda iaitu hamil dan boleh mendatangkan berita tidak baik buat anda iaitu keguguran.
Dos Gonal-F kepada Pesakit untuk IVF
Dos bersesuaian perlu diberi oleh doktor adalah bergantung kepada 2 keadaan seperti berikut: –
- Keadaan pertama jika wanita tidak mengovum
- Keadaan kedua dimana wanita yang menjalani bantuan teknologi reproduktif.
Keadaan pertama jika wanita tidak mengovum: Jika wanita tidak mengovum, anda perlu menyuntik ubat Gonal-F setiap hari bermula pada hari pertama kitaran haid sehingga hari ketujuh. Dos yang dicadangkan adalah 75-150 IU setiap hari.
Keadaan kedua dimana wanita yang menjalani bantuan teknologi reproduktif: Bagi wanita yang menjalani bantuan teknologi reproduktif iaitu bantuan kesuburan, biasanya doktor akan memberitahu untuk membuat suntikan pada hari ke-2 atau ke-3 kitaran haid sehingga hari ke-10 di mana perkembangan folikel telah dicapai dengan baik. Dos yang disarankan adalah 150-225IU bagi setiap suntikan.
Cara Menyuntik Gonal-F
Doktor, pegawai perubatan atau jururawat yang ditugaskan akan mengajar anda teknik melakukan suntikan Gonal-F. Suntikan Gonal-F yang pertama haruslah dibawah pengawasan doktor anda. Ubat ini bersifat multidos iaitu perlu disuntik beberapa kali mengikut nasihat doktor pakar. Ia boleh disuntik oleh anda sendiri ataupun pasangan anda. Anda harus yakin dengan diri sendiri sebelum melakukan suntikan kerana setiap suntikan ini sangat berharga untuk diri anda. Teknik yang betul dapat meningkatkan lagi peluang untuk hamil.
Latih pasangan anda dengan teknik suntikan yang betul jika pasangan anda berani untuk melakukannya. Jika pasangan anda takut atau tidak yakin, anda sendirilah yang menyuntik Gonal-F ini. Jangan paksa pasangan anda kerana rawatan IVF ini memerlukan keyakinan yang tinggi dan harapan yang sangat tinggi untuk mendapat cahayamata.
Teknik Suntikan Gonal-F
Tempat suntikan ubat Gonal-F ini adalah sama seperti anda pernah melakukan rawatan IUI iaitu suntikan di bawah perut atau peha. Bahagian suntikan bawah perut dikenali sebagai subkutaneus. Anda tidak boleh menyuntik di satu tempat yang sama. Tempat suntikan perlu ditukar setiap hari untuk mengurangkan reaksi di tempat suntikan seperti bengkak, rasa sakit, kemerahan, ruam, kulit mengelupas dan sebagainya.
Jangan menyuntik di bahagian badan yang mempunyai benjolan, bengkakan, ketulan dan sebarang tanda yang tidak diingini. Periksa bahagian bawah perut atau peha terlebih dahulu sebelum menyuntik. Perlu disimpan dalam peti sejuk.
Tempoh Rawatan Suntikan Gonal-F
Tiada tempoh khusus untuk suntikan Gonal-F ini dan bergantung kepada nasihat doktor jika anda perlukan tambahan satu lagi kitaran rawatan.
Jika Ada Hari Yang Saya Terlupa Suntik?
Jangan gelabah jika ada hari yang anda lupa untuk menyuntik. Hubungi doktor atau pegawai perubatan anda dan jelaskan perkara tersebut. Jangan pandai-pandai menggandakan dos kepada 2 oleh kerana terlupa menyuntik.
Web Directories
https://asiaworldtour.com, https://personalfinancingloan.com, https://hobbyforte.com, https://reviewsanything.com, https://rumahmampumilik.com, https://malaysiadigit.com, https://vipmalaysia.com, https://nordiyana.com, https://e-penyatagaji.com, https://googleasia.org, https://malaysiafit.com, https://koperasi.info, https://recipeinside.com, https://asiahealthcenter.com, https://nationalhealthcenters.com, https://malaysiabit.com, https://epenyatagaji.com, https://koperasi.work, https://koperasi.business
Hashtag / Keywords
Related Article About Fertility
Ketahui Endometriosis Merosak Sistem Peranakkan Wanita
Bagaimana Endometriosis Merosak Sistem Peranakkan Wanita? Episod kali ini Dr Hamid Arshat akan berkongsi mengenai penyakit endometriosis yang merosakkan peranakan wanita. Bagaimana ia berlaku? Diharap perkongsian ini dapat memberikan panduan berguna bagi remaja perempuan ataupun...
Read MoreUnderstanding Endometriosis: Dangerous Female Reproductive System
Endometriosis: Exploring Symptoms, Causes, and Treatment Options This episode, Dr Hamid Arshat will share about endometriosis which damages women’s reproduction. How did it happen? It is hoped that this partnership can provide useful guidance for...
Read MoreKetahui Petua Mudah Hamil Dr Hamid Arshat, Gynecologist Malaysia
Lakukan Beberapa Perkara Ini untuk Mudah Hamil oleh Dr Hamid Arshat Kali ini Dr Hamid Arshat akan berkongsi mengenai petua mudah hamil kepada para wanita diluar sana yang masih belum menimang cahayamata. Umum mengetahui bahawa...
Read MoreDr. Hamid Arshat’s Pregnancy Tips: The Journey to Parenthood!
Expert Pregnancy Tips from Dr. Hamid Arshat’s for Expecting Mothers This time, Dr Hamid Arshat will share about easy pregnancy tips to women out there who have not yet given birth. It is common to...
Read MoreHSG X Ray Penyelesaian Masalah Tiub Fallopian Dr Hamid Arshat
HSG X Ray Masalah Tiub Fallopian Dr Hamid Arshat Apakah itu HSG X Ray untuk fallopian tube? Apakah pula hydrosalpinx fallopian tube dan apa yang menyebabkan tersumbat? Terangkan serba ringkas mengenai Minor D&C Surgery dan...
Read MoreExpert Guidance for HSG X-Ray Fertility Issues by Dr. Hamid Arshat
Insights on HSG X-Ray and Fallopian Tube Issues by Dr. Hamid Arshat What is HSG X Ray for fallopian tube? What is hydrosalpinx fallopian tube and what causes a clogged? Tell us about Minor D&C...
Read MoreKenali Ubat Kesuburan Terbaik Gonadotrophins oleh Dr Hamid Arshat
Keberkesanan Ubat Subur Gonadotrophins bersama Dr Hamid Arshat Jom kita ikuti apakah itu ubat kesuburan Gonadotrophins untuk merangsang tumbuhan telur dari kuliah Dr Hamid Arshat dalam episod sistem peranakan wanita. Beliau adalah pakar sakit puan...
Read MoreGonadotrophins to Stimulate Egg Production with Dr. Hamid Arshat
Unlock Fertility: Gonadotrophins for Egg Production with Dr. Arshat Female eproductive system. Let’s follow what is Gonadotrophins fertility drug to stimulate eggplant from Dr Hamid Arshat’s lecture. He is a well -known gynaecologist and midwife...
Read MoreMastering the IVF Egg Retrieval Procedure for Conception Success
Understanding the IVF Egg Retrieval Procedure: A Comprehensive Guide We will discuss about IVF Egg retrieval procedure for women try to conceive. What is ultrasound probe? What is the recovery time? Having OHSS? What is...
Read MoreOptimizing IVF Egg Retrieval: Key Steps for Successful Conception
Preparing for IVF Egg Retrieval: Optimizing Your Journey to Conception On this topic, we will describe about the Egg Retrieval Preparation Try To Conceive from fertility physician and doctor mom to educate on fertility. We...
Read MoreTips Penting Pengambilan Telur IVF dalam Rawatan Kesuburan
Strategi Berkesan untuk Pengambilan Telur IVF dalam Rawatan Kesuburan Entri kali ini kami memberikan petua pengambilan telur dan mungkin anda sedikit ketakutan? Nah, saya akan memberikan semua petua. Ini berdasarkan kisah benar daripada seorang influencer...
Read MoreFAQ Gonal-F
Apakah kesan sampingan menggunakan Gonal-F untuk tujuan rawatan IVF dan kesuburan?
Jika anda mendapati tanda-tanda seperti alahan, bengkak muka, bibir, lidah dan bahagian lain sila beritahu doktor anda dengan segera. Semput, sesak nafas atau sukar bernafas dan ruam yang teruk ataupun gatal-gatal juga adalah kesan sampingan yang lain yang perlu dimaklumkan kepada doktor secepat mungkin. Kesan sampingan akut juga boleh berlaku seperti OHSS, tanda-tanda amaran strok, darah beku, badan cepat hangat, sakit kepala, pening sakit perut, abdomen kembung atau perut tidak selesa.
Anda boleh melaporkan sebarang kesan sampingan kepada talian Pusat Pemantauan Kesan Advers Ubat Kebangsaan melalui nombor telefon 03-78835550 atau laman web npra.moh.gov.my.
Apakah bahan-bahan aktif / kandungan Gonal-F ubat kesuburan rawatan IVF?
Bahan aktif: follitropin alfa, bahan tidak aktif: Poloxamer 188, sucrose, methionine, sodium dihydrogen phosphate monohydrate, disodium phosphate dihydrate, m-cresol, phosphoric acid, concentrated sodium hydroxide and water.