10 Perkara Penting Mengenai Senaman untuk Ibu Mengandung Ibu mengandung adalah satu fasa dalam kehidupan yang unik. Oleh itu, pelbagai senaman ringan yang kami kongsikan adalah mudah, selamat dan sesuai untuk menjaga bentuk badan serta...
Read MoreHSG X Ray Masalah Tiub Fallopian Dr Hamid Arshat
HSG X Ray Masalah Tiub Fallopian Dr Hamid Arshat Summary
- Health Info: HSG X Ray Masalah Tiub Fallopian Dr Hamid Arshat
- Health Category: Fertility
- Media Publicity: For public awareness
Apakah itu HSG X-Ray?
Dr Hamid Arshat, pakar sakit puan dan gynecologist yang sangat berjaya dan terkenal di Malaysia akan memperihalkan dengan panjang lebar mengenai HSG X Ray yang boleh meningkatkan peluang untuk hamil. Sila ikuti kupasan dan penerangan yang diberikan oleh beliau mengenai perkara ini.
Perkara pertama yang akan disentuh ialah mengenai peranan saluran fallopian dalam kesuburan seorang wanita. Terdapat 2 saluran fallopian sama juga dengan 2 ovari dan satu rahim pada wanita. Jadi percantuman benih lelaki dan telur perempuan berlaku di muncung (dikenali sebagai fimbriae saluran fallopian).
Menurut Dr Hamid Arshat, beliau melihat sekarang ini ramai wanita mengalami masalah berkaitan tiub fallopian. Masalah tuib fallopian dihuraikan seperti berikut: –
- Tiub tersumbat.
- Tiub terkuncup.
- Ada juga yang tersumbat sementara.
Ketiga-tiga perkara-perkara di atas menyukarkan benih suami untuk sampai ke hujung saluran untuk menunggu pematangan telur dan seterusnya proses pencantuman tidak akan berlaku. Bagi pasangan suami isteri yang sudah mendirikan rumahtangga selama 1 atau 2 tahun yang belum pernah membuat ujian atau rawatan kesuburan untuk kehamilan, langkah paling awal yang anda perlu lakukan adalah membuat ultrasound scanning, membuat ujian benih suami dan seterusnya membuka saluran tiub fallopian.
Cara yang paling mudah untuk membuka saluran ialah dengan melakukan ujian HSG X Ray. Ujian HSG X Ray akan dilakukan oleh pakar sinar X atau pakar radiologist. Ujian ini dilakukan sejurus selepas habis haid. Ini bermaksud wanita tersebut mestilah kering daripada darah haid dalam masa 2-3 hari sebelum datangnya waktu kesuburan.
Kesimpulannya hari yang paling sesuai untuk membuat ujian HSG X Ray adalah pada hari ke-8, hari ke-9, hari ke-10 dan hari ke-11. Menurut Dr Hamid Arshat lagi, apabila kita melakukan ujian HSG X Ray ini, doktor pakar akan menyuntikkan sejenis ubat yang boleh membuka saluran dan boleh mengesan apa-apa masalah yang ada seperti tiub fallopian tersumbat, terkuncup dan lain-lain masalah seperti kebengkakan yang dikenali sebagai hydrosalpinx fallopian tube.
Punca-punca Tiub Fallopian Tersumbat / Terkuncup
Di antara punca-punca tiub fallopian tersumbat atau terkuncup adalah seperti berikut: –
- Terdapat tisu-tisu pada darah haid ataupun terdapat tisu-tisu placenta kerana pernah hamil sebelum ini. Tisu-tisu placenta mungkin melekat pada tiub fallopian.
- Wanita yang pernah mengalami keguguran juga akan mendapat masalah seperti tiub fallopian tersumbat atau terkuncup kerana masih ada tisu-tisu yang mungkin tidak keluar semua semasa haid.
- Darah kotor semasa haid yang tidak keluar semuaya.
- Selepas melahirkan anak.
- Jangkitan kuman.
- Stress mental dan emotional juga boleh menyebabkan tiub fallopian terkuncup lalu menyekat benih suami dari masuk ke dalam saluran ini.
Pembedahan Kecil D&C dan Hydrotubation
Pembedahan kecil akan dilakukan untuk membesarkan pintu rahim, mencuci rahim dan membuka tanpa membedah bahagian perut. Pembedahan ini dipanggil D&C dan satu lagi dikenali sebagai hydrotubation.
Dr Hamid Arshat memberikan fakta bahawa apabila berlaku kesumbatan pada saluran tiub fallopian, pertemuan telur wanita dengan benih lelaki tidak dapat berlaku.
Jadi apakah usaha terakhir apabila selepas prosedur ini tidak berjaya untuk hamil? Prosedurnya ialah dengan menjalani rawatan bayi tabung uji atau lebih mesra dikenali sebagai IVF.
Gynecologists' Info:
- Biasanya waktu kesuburan bagi wanita adalah jatuh pada hari yang ke-14, hari ke-15 dan seterusnya.
Usaha Terakhir Jika Tidak Berjaya?
Kebiasaanya Dr Hamid Arshat akan memberikan masa setahun selepas pembedahan kecil akibat kesumbatan saluran tiub fallopian samada berjaya hamil secara natural atau spontan. Jika kehamilan secara natural atau spontan tidak berjaya, dalam setahun ke dua tahun selepas menjalani pembedahan membaiki saluran tiub fallopian, Dr Hamid Arshat mengesyorkan supaya melakukan rawatan bayi tabung uji (IVF).
Web Directories
https://asiaworldtour.com, https://personalfinancingloan.com, https://hobbyforte.com, https://reviewsanything.com, https://rumahmampumilik.com, https://malaysiadigit.com, https://vipmalaysia.com, https://nordiyana.com, https://e-penyatagaji.com, https://googleasia.org, https://malaysiafit.com, https://koperasi.info, https://recipeinside.com, https://asiahealthcenter.com, https://nationalhealthcenters.com, https://malaysiabit.com, https://epenyatagaji.com, https://koperasi.work, https://koperasi.business
Hashtag / Keywords
Related Article About Fertility
Ketahui Endometriosis Merosak Sistem Peranakkan Wanita
Bagaimana Endometriosis Merosak Sistem Peranakkan Wanita? Episod kali ini Dr Hamid Arshat akan berkongsi mengenai penyakit endometriosis yang merosakkan peranakan wanita. Bagaimana ia berlaku? Diharap perkongsian ini dapat memberikan panduan berguna bagi remaja perempuan ataupun...
Read MoreUnderstanding Endometriosis: Dangerous Female Reproductive System
Endometriosis: Exploring Symptoms, Causes, and Treatment Options This episode, Dr Hamid Arshat will share about endometriosis which damages women’s reproduction. How did it happen? It is hoped that this partnership can provide useful guidance for...
Read MoreKetahui Petua Mudah Hamil Dr Hamid Arshat, Gynecologist Malaysia
Lakukan Beberapa Perkara Ini untuk Mudah Hamil oleh Dr Hamid Arshat Kali ini Dr Hamid Arshat akan berkongsi mengenai petua mudah hamil kepada para wanita diluar sana yang masih belum menimang cahayamata. Umum mengetahui bahawa...
Read MoreDr. Hamid Arshat’s Pregnancy Tips: The Journey to Parenthood!
Expert Pregnancy Tips from Dr. Hamid Arshat’s for Expecting Mothers This time, Dr Hamid Arshat will share about easy pregnancy tips to women out there who have not yet given birth. It is common to...
Read MoreHSG X Ray Penyelesaian Masalah Tiub Fallopian Dr Hamid Arshat
HSG X Ray Masalah Tiub Fallopian Dr Hamid Arshat Apakah itu HSG X Ray untuk fallopian tube? Apakah pula hydrosalpinx fallopian tube dan apa yang menyebabkan tersumbat? Terangkan serba ringkas mengenai Minor D&C Surgery dan...
Read MoreExpert Guidance for HSG X-Ray Fertility Issues by Dr. Hamid Arshat
Insights on HSG X-Ray and Fallopian Tube Issues by Dr. Hamid Arshat What is HSG X Ray for fallopian tube? What is hydrosalpinx fallopian tube and what causes a clogged? Tell us about Minor D&C...
Read MoreKenali Ubat Kesuburan Terbaik Gonadotrophins oleh Dr Hamid Arshat
Keberkesanan Ubat Subur Gonadotrophins bersama Dr Hamid Arshat Jom kita ikuti apakah itu ubat kesuburan Gonadotrophins untuk merangsang tumbuhan telur dari kuliah Dr Hamid Arshat dalam episod sistem peranakan wanita. Beliau adalah pakar sakit puan...
Read MoreGonadotrophins to Stimulate Egg Production with Dr. Hamid Arshat
Unlock Fertility: Gonadotrophins for Egg Production with Dr. Arshat Female eproductive system. Let’s follow what is Gonadotrophins fertility drug to stimulate eggplant from Dr Hamid Arshat’s lecture. He is a well -known gynaecologist and midwife...
Read MoreMastering the IVF Egg Retrieval Procedure for Conception Success
Understanding the IVF Egg Retrieval Procedure: A Comprehensive Guide We will discuss about IVF Egg retrieval procedure for women try to conceive. What is ultrasound probe? What is the recovery time? Having OHSS? What is...
Read MoreOptimizing IVF Egg Retrieval: Key Steps for Successful Conception
Preparing for IVF Egg Retrieval: Optimizing Your Journey to Conception On this topic, we will describe about the Egg Retrieval Preparation Try To Conceive from fertility physician and doctor mom to educate on fertility. We...
Read MoreTips Penting Pengambilan Telur IVF dalam Rawatan Kesuburan
Strategi Berkesan untuk Pengambilan Telur IVF dalam Rawatan Kesuburan Entri kali ini kami memberikan petua pengambilan telur dan mungkin anda sedikit ketakutan? Nah, saya akan memberikan semua petua. Ini berdasarkan kisah benar daripada seorang influencer...
Read MoreFAQ Masalah Tiub Fallopian: Answers to Your Common Questions
Apakah itu Hydrotubation?
Menurut Dr Hamid Arshat, Hydrotubation adalah satu prosedur pembedahan kecil yang dilakukan oleh doktor dan satu followup untuk membuka saluran tiub fallopian. Pembedahan ini biasanya dilakukan kepada wanita yang pernah mengandung dan sukar untuk mengandung selepas itu. Keadaan lain adalah wanita tersebut pernah dibedah saluran tiub fallopian dan saluran yang pernah kesumbatan sebelum ini.
Apakah itu D&C?
D&C adalah dilation and curettage adalah prosedur surgical yang melibatkan bahagian bawah dan sempit pada serviks. Menurut Dr Hamid Arshat, D&C adalah satu prosedur untuk membuka saluran tiub fallopian dan meningkatkan peluang untuk hamil bagi wanita yang tidak mempunyai penyakit lain. Ini bermaksud suami tiada masalah kesuburan dan isteri tiada masalah ketumbuhan atau cyst dalam ovari.
Apakah kebaikan melakukan HSG X Ray?
Kebaikan melakukan ujian HSG X Ray ini adalah anda mungkin akan hamil dalam masa 3 hingga 6 bulan selepas melakukan ujian ini. Menurut Dr Hamid Arshat lagi, inilah prosedur yang paling mudah sekali untuk membuka saluran fallopian.
Apakah itu hydrosalpinx fallopian tube?
Menurut Dr Hamid Arshat seorang pakar bidan, pakar sakit puan dan Gynecologist terkenal dari Malaysia mengatakan hydrosalpinx adalah masalah kebengkakan yang berlaku kepada fallopian tube. Ujian HSG X Ray dapat mengesan sekiranya seseorang wanita itu mengalami masalah kebengkakan tiub fallopian.