Effective Tips for Female Fertility Treatments We will discuss further into the female fertility treatments you can do if you find a dead end in producing offspring in a natural way. In a previous entry,...
Read MoreHubungan Kelamin dalam Menjana Zuriat yang Bahagia
Bagaimana cara mendapat zuriat melalui hubungan kelamin semulajadi dalam perkahwinan? Bagaimana cara mengira waktu subur anda? Dapatkan semua info kesihatan dan rawatan kesuburan disini.
Hubungan Kelamin Semulajadi Dalam Perkahwinan Summary
- Health Info: Hubungan Kelamin Semulajadi Dalam Perkahwinan
- Department: O&G
- Media Publicity: For general info
Hubungan Kelamin Semulajadi Dalam Perkahwinan Highlights
Pasangan suami isteri yang sah adalah halal untuk membuat hubungan kelamin tidak kira pada bila-bila masa, pada siang hari atau pada waktu malam. Semua ini bergantung kepada persetujuan kedua-dua pihak. Jika si suami sibuk bekerja pada siang hari, waktu yang sesuai untuk membuat hubungan kelamin adalah pada sebelah malam. Ataupun di atas permintaan suami atau isteri, hubungan kelamin ini boleh dijalankan pada bila-bila masa.
Ada juga pasangan yang lebih suka membawa isterinya bercuti-cuti disamping dapat melancong dapat juga mengenali diri pasangan masing-masing. Dengan membawa pasangan pergi melancong dapat melegakan seketika urusan pejabat dan hiruk pikuk kotaraya. Dan cara ini adalah cara yang paling sesuai bagi pasangan yang ingin terus menjalin ikatan kasih walaupun sudah lama berkahwin. Jika ada ongkosnya, tidak menjadi masalah untuk dibawa melancong dalam atau luar negara. Tetapi jika mempunyai bajet yang sedikit, lebih baik jalan-jalan dan bawa ke hotel yang berdekatan dengan rumah.
Kitaran Haid
Perhubungan seks yakni persetubuhan boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja asalkan tidak nampak orang luar. Untuk seseorang wanita itu hamil, pasangan suami isteri harus mengetahui kitaran haid dan waktu subur untuk melakukan hubungan seks (hubungan ranjang). Anda boleh membawa pasangan anda keluar bercuti dan bincangkan mengenai kitaran haid dan waktu subur supaya proses mengandung lebih mudah dan tidak memakan tempoh yang lama.
Bercuti untuk Satu Tujuan Suci
Bawa ke tempat sejuk seperti di Cameron Highlands atau Genting Highlands kerana dalam suasana sejuk ini akan membuatkan fizikal pasangan menjadi sejuk dan akan rapat dengan kita. Tempat yang panas pula seperti di kawasan pantai seperti di Pulau Pinang atau di Langkawi juga menarik. Disamping dapat menikmati keindahan lautan dan pantai yang bersih, ia juga dapat menggamit suasana romantik.
Waktu Subur Wanita
Umpama sebatang pokok buah pasti ada musim berbuah. Dan begitulah juga dengan wanita yang mempunyai waktu subur dalam kitaran haid. Biasanya waktu subur wanita yang mengalami kitaran period yang normal adalah pada hari ke-14 selepas hari pertama haid. Namun, tidak semua perempuan mempunyai kitaran haid yang normal iaitu 28 hari. Ada yang 32 hari dan ada pula 34 hari.
Semua itu bergantung kepada badan wanita itu sendiri dan tidak ada salahnya jika perempuan tersebut datang haid lambat sedikit. Tetapi jika terlalu lambat datang haid sehingga 40 hari itu tandanya anda mungkin mengalami masalah kesuburan dan memerlukan rawatan kesuburan untuk hamil.
Jadi, hubungan kelamin semulajadi dapat anda lakukan pada hari ke-14 iaitu waktu subur isteri anda. Tetapi bagaimana pula perempuan yang kitaran haid 30 hari atau 32 hari seumpamanya? Bagaimana cara mengira waktu subur wanita?
Cara Mengira Waktu Subur Wanita
Ramai yang tidak pandai mengira waktu subur isteri anda. Jadi usaha untuk hamil sukar dicapai. Seperti yang disebutkan sebentar tadi, jika kitaran haid 28 hari maka waktu suburnya ialah 14 hari. Cara pengiraan waktu subur seperti berikut: –
- Jika kitaran haid 30 hari maka waktu subur untuk melakukan hubungan kelamin semulajadi adalah jatuh pada hari ke-16 (30 ditolak 14 bersamaan 16).
- Jika kitaran haid 32 hari, maka waktu subur untuk melakukan hubungan kelamin semulajadi adalah jatuh pada hari ke-14 (32 tolak 14 bersamaan 18).
- Jika kitaran haid 34 hari, maka waktu subur untuk melakukan hubungan kelamin semulajadi adalah jatuh pada hari ke-16 (34 tolak 14 bersamaan 20).
Tips Cepat Hamil
- Sebaik-baiknya, lakukan hubungan kelamin semulajadi selang sehari dari waktu subur, diikuti pada hari jatuhnya waktu subur dan selang sehari selepas waktu subur. Cara ini dapat meningkatkan peluang untuk hamil dengan lebih cepat.
- Tips cepat hamil seterusnya adalah luangkan masa bersama seperti pergi bercuti supaya tekanan kerja tidak difikirkan semasa melakukan hubungan seks. Jangan membawa peralatan kerja seperti laptop jika anda ingin berasmara dengan pasangan anda.
- Jika anda tidak mempunyai kesempatan untuk bercuti, banyakkan masa bersama dalam bilik dan lakukan aktiviti secara bersama-sama seperti mandi, memasak dan lain-lain.
Biasanya pasangan suami isteri yang membuat hubungan kelamin secara semulajadi akan dapat zuriat dalam masa 6 bulan hingga ke maksima 2 tahun selepas berkahwin. Tetapi jika pasangan masih tidak mengandung selepas dari tempoh di atas, anda dinasihatkan untuk pergi ke doktor pakar kesuburan. Kemungkinan besar anda atau pasangan anda mempunyai masalah kesuburan.
Indikator di atas adalah cara terbaik untuk mengenali anda atau pasangan anda mempunyai masalah kesuburan. Apabila anda berjumpa doktor pakar di jabatan reproduktif, anda telahpun melangkau ke langkah kedua iaitu ujian rawatan kesuburan. Jom kita bicarakan mengenai tajuk seterusnya iaitu ubat rawatan kesuburan.
Web Directories
https://asiaworldtour.com, https://personalfinancingloan.com, https://hobbyforte.com, https://reviewsanything.com, https://rumahmampumilik.com, https://malaysiadigit.com, https://vipmalaysia.com, https://nordiyana.com, https://e-penyatagaji.com, https://googleasia.org, https://malaysiafit.com, https://koperasi.info, https://recipeinside.com, https://asiahealthcenter.com, https://nationalhealthcenters.com, https://malaysiabit.com, https://epenyatagaji.com, https://koperasi.work, https://koperasi.business
Hashtag / Keywords
Related Article About Fertility
Rawatan Kesuburan Wanita: Tingkatkan Peluang Kehamilan Sekarang!
Rawatan Kesuburan Wanita: Tindakan Segera untuk Kehamilan Kita akan mengupas dengan lebih lanjut mengenai rawatan kesuburan wanita yang boleh anda lakukan sekiranya anda menemui jalan buntu dalam menghasilkan zuriat dengan cara semulajadi. Dalam entri yang...
Read MoreNatural Sexual Intimacy: Enhancing Connection and Pleasure
Enhancing Intimacy: Natural Sexual Intercourse in Marriage A lawful married couple is halal to have sexual intercourse no matter at any time, during the day or at night. All this depends on the agreement of...
Read MoreFertility Calculations Unlocked: Mastering a Woman’s Prime Time
Cracking the Fertility Code: Calculating a Woman’s Fertile Time Do you know how to calculate a woman’s fertile time? 14 days after period? 16-days? Read here as we will give you a complete guide about...
Read MoreHubungan Kelamin: Membina Kebahagiaan dan Kesepaduan Perkahwinan
Hubungan Kelamin dalam Menjana Zuriat yang Bahagia Bagaimana cara mendapat zuriat melalui hubungan kelamin semulajadi dalam perkahwinan? Bagaimana cara mengira waktu subur anda? Dapatkan semua info kesihatan dan rawatan kesuburan disini. Hubungan Kelamin Semulajadi Dalam...
Read MoreFertility Pharmaceuticals: Optimizing Conception!
Fertility Medications and Drugs to Enhance Your Journey We will discuss about fertility medications which are the second step for you to be a mother. Worried because it’s hard to get pregnant? Frustrated when every...
Read MoreTerapi dan Ubat Kesuburan: Meningkatkan Peluang Kehamilan Anda!
Ubat Rawatan Kesuburan dan Keberkesanan Untuk Kehamilan Runsing kerana sukar hamil dan ingin cuba ubat kesuburan? Kecewa apabila setiap kali anda datang bulan dan tidak mengandung-mengandung? Apakah itu ubat kesuburan dan fungsinya? Pada waktu bilakah...
Read MoreIUI Fertility Treatment: A Method to Enhance Conception
IUI Fertility Treatment: A Method to Achieve Conception Intrauterine Insemination or IUI for short is procedure in treating infertility for woman. This is a moderate stage procedure before performing more complex and expensive IVF treatments....
Read MoreTop Clinics / Hospitals for IUI Fertility Excellence. Must Read!
Highly Recommended Hospitals/Clinics for IUI Fertility Treatment There are many government hospitals, private hospitals and gynaecological clinics that provide IUI fertility treatment. In Malaysia alone, almost every government hospital has a specialized reproduction department to...
Read MoreProsedur IUI: Panduan Lengkap untuk Rawatan Kesuburan. Wajib Baca
Prosedur IUI: Langkah-Langkah Menuju Kesuburan dan Mendapat Anak Intrauterine Insemination atau singkatannya rawatan kesuburan IUI adalah prosedur dalam merawat kesuburan dalam rawatan kesuburan wanita selepas melakukan hubungan kelamin secara semulajadi dan memakan ubat kesuburan tidak...
Read MoreHospital / Klinik IUI Terbaik: Pilihan Utama Rawatan Kesuburan
Klinik / Hospital untuk Rawatan IUI: Menempah Zuriat Terbaik Untuk rawatan IUI, terdapat banyak hospital kerajaan, hospital swasta dan klinik pakar sakit puan yang menyediakan prosedur ini. Di Malaysia sahaja hampir setiap hospital kerajaan mempunyai...
Read MoreIVF Treatment: How to Get Started and Succeed. Discover Now!
IVF Treatment: Striving for Success in Conception Journey After we get fertility medicine, do Intrauterine Insemination (IUI) treatment and still fail to conceive, IVF treatment (In Vitro Fertilization) as your final answer. Usually this is...
Read MoreFAQ Hubungan Kelamin: Soal Jawab Kesihatan
Apakah itu hubungan kelamin?
Hubungan kelamin iaitu persetubuhan bermaksud sepasang suami isteri melakukan aktiviti intim dalam alam perkahwinan dengan tujuan untuk mendapatkan zuriat, melepaskan nafsu dan merapatkan hubungan yang terjalin.