Strok Haba vs Kelesuan Haba

Apakah perbezaan Strok Haba vs Kelesuan Haba? Bagaimana mengenalpasti anda berada pada kategori mana? Dan ketahui gejala serta komplikasi berkaitan permasalahan ini.

Strok Haba vs Kelesuan Haba Highlights

Pemahaman yang jitu mengenai Strok Haba vs Kelesuan Haba dapat menghindarkan anda dari mendapat komplikasi yang teruk dan boleh mengelakkan kematian. Mari kita pelajari perbezaan kedua-dua perkara ini menerusi informasi yang sangat berguna yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Perbezaan antara kedua-dua perkara ini dapat diterangkan seperti dibawah.

Perbezaan Strok Haba vs Kelesuan Haba

Apabila anda terdedah kepada cuaca panas yang ekstrim, anda boleh mendapat kelesuan haba (heat exhaustion) atau lebih teruk yang dikenali sebagai strok haba (heat stroke). Sila dapatkan rawatan segera sekiranya anda mengalami tanda-tanda seperti di atas.

Strok Haba: Info Ringkas

  • Suhu badan yang tinggi iaitu 37°c hingga 40°c.
  • Kelesuan haba tidak menjejaskan fungsi otak.
  • Denyutan jantung laju.
  • Pening atau sakit kepala.
  • Loya atau muntah.
  • Letih dan lemah.
  • Berpeluh.

Kelesuan Haba: Info Ringkas

  • Suhu badan sangat tinggi iaitu melebihi 40°c.
  • Fungsi otak terjejas.
  • Percakapan terjejas.
  • Mental terganggu.
  • Koma.
  • Sawan.
  • Tiada peluh.

Strok Haba vs Kelesuan Haba adalah 2 perkara yang saling berkait rapat dan boleh membawa kesan buruk. Dapatkan nasihat dari doktor dan klinik kesihatan jika anda mempunyai gejala seperti di atas.

Hubungi Talian Kecemasan Malaysia

Talian Kecemasan Malaysia 999

Tel: 999




Strok Haba vs Kelesuan Haba: Ringkasan

  • Tajuk Artikel Kesihatan: Strok Haba vs Kelesuan Haba
  • Kategori: #InfoSihat 
  • Tujuan: #MaklumatAm 
  • Sumber: FB KKM official

Soalan Lazim Berkaitan Kesihatan – Kemusykilan Anda Terjawab

Dapatkan jawapan kepada persoalan kesihatan yang paling kerap ditanya. Kami menyediakan maklumat yang jelas dan padat untuk membantu anda memahami pelbagai topik kesihatan dan membuat keputusan yang bijak mengenai kesejahteraan hidup anda.

Bagaimana cara mengelakkan dari kelesuan dan strok haba?

Berdasarkan maklumat yang diambil dari Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pendedahan kepada cuaca panas yang berterusan semasa menjalankan aktiviti fizikal boleh menyebabkan KELESUAN HABA dan STROK HABA terjadi kepada anda. Anda perlu mengelakkan kedua-dua masalah ini dengan cara berikut:

  1. Kekal hidrasi: Minum dengan banyak, tanpa mengira tahap aktiviti anda. Jangan tunggu hingga anda dahaga.
  2. Cari tempat teduh: Pastikan berada ditempat yang lebih teduh/sejuk.
  3. Awasi juga tanda dan gejala keletihan dan strok haba. Sila dapatkan rawatan.
  4. Keadaan strok haba yang terlalu teruk boleh menyebabkan maut.
error: Content is protected !!