Penyakit Kardiovaskular

Penyakit kardiovaskular adalah punca utama kematian di Malaysia, menyumbang lebih 23.3% daripada jumlah kematian menurut Institut Jantung Negara. Artikel ini menghuraikan tanda-tanda penyakit, langkah pencegahan, serta rawatan & ubat sokongan berdasarkan fakta rasmi daripada KKM dan WHO. Sertai usaha kesedaran dan dapatkan panduan praktikal untuk melindungi diri serta keluarga daripada penyakit jantung dan strok.

Pengenalan

Penyakit kardiovaskular merangkumi masalah kesihatan yang melibatkan jantung dan saluran darah, termasuk penyakit jantung koronari, strok, dan hipertensi. Menurut KKM dan Institut Jantung Negara (IJN), penyakit ini menyumbang hampir 23.3% daripada kematian di Malaysia setiap tahun, menjadikannya antara ancaman kesihatan terbesar negara.

Faktor risiko utama termasuk kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi, diabetes, obesiti, dan gaya hidup tidak sihat seperti merokok dan kurang aktiviti fizikal. WHO menekankan bahawa penyakit kardiovaskular adalah penyakit yang boleh dicegah melalui perubahan gaya hidup dan rawatan awal.

Kegagalan Jantung

Kegagalan jantung berlaku apabila otot jantung tidak mampu mengepam darah dengan baik, menyebabkan pengumpulan cecair di paru-paru dan badan. Gejala termasuk sesak nafas, keletihan, dan bengkak pada kaki.

Anemia

Anemia ialah keadaan di mana tubuh kekurangan sel darah merah atau hemoglobin, menyebabkan bekalan oksigen tidak mencukupi. Tanda-tanda termasuk pucat, lemah, pening, dan sesak nafas.

Hipotensi Ortostatik

Hipotensi ortostatik ialah penurunan tekanan darah secara mendadak apabila seseorang berdiri, menyebabkan pening atau pengsan. Ia sering dikaitkan dengan dehidrasi, ubat-ubatan, atau gangguan saraf.

Arteri Perifer

Penyakit arteri perifer berlaku apabila saluran darah di kaki menjadi sempit akibat aterosklerosis. Gejala utama ialah sakit kaki ketika berjalan (klaudikasio) dan luka yang sukar sembuh.

Aneurisma

Aneurisma ialah pembengkakan atau pelebaran dinding arteri yang lemah, berisiko pecah dan menyebabkan pendarahan serius. Jenis biasa termasuk aneurisma aorta dan otak.

Jantung Bawaan

Penyakit jantung bawaan ialah kecacatan struktur jantung sejak lahir, seperti lubang pada sekat atau kedudukan arteri yang abnormal. Gejala termasuk kulit kebiruan (sianosis) dan sesak nafas.

Jantung Rematik

Jantung rematik ialah kerosakan pada injap jantung akibat demam rematik yang berpunca daripada jangkitan streptokokus. Gejala termasuk sesak nafas, sakit dada, dan bengkak pada kaki.

Jantung Koronari

Penyakit jantung koronari berlaku apabila plak kolesterol menyumbat arteri koronari, mengurangkan aliran darah ke jantung. Gejala termasuk angina, sesak nafas, dan risiko serangan jantung.

Aritmia

Aritmia ialah gangguan irama jantung, sama ada terlalu cepat, terlalu perlahan, atau tidak teratur. Gejala termasuk berdebar, pening, dan pengsan.

Angina

Angina ialah sakit dada akibat aliran darah ke otot jantung berkurangan, biasanya disebabkan penyakit arteri koronari. Ia boleh stabil, tidak stabil, atau berpunca daripada kekejangan arteri.

Strok

Strok berlaku apabila aliran darah ke otak terganggu sama ada oleh sumbatan (iskemik) atau pendarahan (hemoragik). Gejala termasuk kelemahan wajah, lengan, pertuturan, dan penglihatan.

Serangan Jantung

Serangan jantung (infark miokard) berlaku apabila aliran darah ke otot jantung terhenti akibat sumbatan arteri koronari. Gejala termasuk sakit dada menjalar ke lengan, sesak nafas, dan peluh sejuk.

Soalan Lazim

Kenapa kita perlu elakkan diri kita dari terkena penyakit kardiovaskular?

Kardiovaskular adalah penyakit yang berpotensi fatal. Disebabkan oleh peningkatan tekanan darah, berisiko tinggi untuk penyakit jantung, serangan jantung, atau strok. Penyakit ini juga boleh menjejaskan fungsi organ lain seperti ginjal, otak, dan hati. Oleh itu, adalah penting untuk kita elakkan diri kita dari terkena penyakit kardiovaskular dengan mengikuti gaya hidup sihat dan menjaga pemakanan yang seimbang. Kita juga perlu bergerak untuk mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dengan melakukan senaman secara kerap.

Apakah punca-punca penyakit kardiovaskular?

Antara sebab utama anda mendapat penyakit kardiovaskular adalah seperti merokok, mengambil makanan berlemak tinggi dan kurang makanan berkhasiat, kurang aktiviti fizikal, diabetes dan tekanan darah tinggi. Disamping itu, faktor keturunan, kolesterol tinggi, obesiti, penggunaan alkohol dan masalah kegemukan mengakibatkan anda sangat mudah mendapat penyakit ini.

Apakah 10 penyakit kardiovaskular paling berbahaya?

Berkut adalah senarai penyakit kardiovaskular paling berbahaya dan digeruni oleh manusia. Selamat menjalankan gaya hidup sihat.

  1. Serangan jantung
  2. Strok
  3. Angina
  4. Aritmia jantung
  5. Penyakit jantung koronari
  6. Penyakit jantung rematik
  7. Penyakit jantung bawaan
  8. Aneurisma
  9. Penyakit arteri perifer
  10. Hipotensi ortostatik
Penyakit Kardiovaskular Mudah Menyerang Manusia
error: Content is protected !!