Kesegaran Buah-Buahan pada Hari Raya Aidilfitri

Rendang, ketupat, lemang di Hari Raya Aidilfitri kadang-kala membuatkan kita lupa dengan pengambilan buah-buahan dan ingin tahu kenapa ianya sangat penting ketika musim perayaan? Dapatkan semua info kesihatan disini.

Buah-buahan Beraneka Warna Pada Hari Raya Aidilfitri

Sedap jika dihidangkan dengan buah-buahan segar ketika di hari raya Aidilfitri. Tidak kira sebelum pergi sembahyang raya atau ketika waktu tengahari, pengambilan buah-buahan di Hari Raya Aidilfitri sangat dititikberatkan.

Hidangkan buah-buahan pelbagai warna untuk menyerikan lagi meja hidangan di hari raya ini. Menrut Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia KKM, pengambilan dua (2) sajian buah setiap hari dapat membekalkan vitamin, serat, mineral dan antioksida yang penting untuk kesihatan tubuh. Pelbagaikan menu Hari Raya Aidilfitri dengan menyediakan pilihan buah-buahan segar. Ini kerana, buah-buahan segar kaya dengan antioksida selain membekalkan vitamin, mineral dan serat yang dapat membantu mengekalkan tahap kesihatan.

Mengapa Buah-buahan Mesti Anda Makan Pada Hari Raya Aidilfitri?

Tidak kira apa jenis buah samada tempatan ataupun diimport dari luar negara, pengambilan buah-buahan segar membantu kita dalam setiap masa terutama ketika Hari Raya kerana kita akan disajikan dengan makanan bersantan, berlemak dan pedas seperti rendang, masak lodeh, lemang, kuah kacang dan lain-lain. Dengan mengambil buah-buahan segar, perut kita tidak menggelodak ataupun kembung dan ketidakselesaan perut tidak berlaku.

Anda boleh sahaja membeli buah pisang, rambutan, tembikai merah sebagai menu wajib setiap kali anda makan nasi impit bersama kuah kacang dan rendang daging. Selain pelbagai nutrisi, pengambilan buah segar dapat membantu melancarkan penghadaman dan mengelakkan sembelit.

Ia mempunyai kadar antioksida yang tinggi sangat sesuai untuk mengekalkan tahap kesihatan yang optimum. Jagalah perut kita semasa Hari Raya.

Selain dari itu, anda juga digalakkan untuk meminum air kosong denga banyak untuk mengekalkan kadar kelembapan badan kerana makanan berminyak dan pedas-pedas akan menyebabkan kadar perpeluhan kita menjadi cepat dan air kosong adalah penawar bagi mencegah dehidrasi badan.

Tahukah Anda?

Selain dari anti-oksida, buah-buahan juga mengandungi serat yang membantu menurunkan kadar kolestrol dalam darah serta memudahkan kita membuang air besar keesokan harinya.




Hidangkan Hari Raya Aidilfitri dengan Buah-buahan: Ringkasan

  • Tajuk Artikel: Hidangkan Hari Raya Aidilfitri dengan Buah-buahan
  • Kategori: #Buah #MakananSihat
  • Tujuan: #MaklumatAm 
error: Content is protected !!