Hari Penderma Darah Sedunia

Bilakah Hari Penderma Darah Sedunia yang diadakan setiap tahun? Ia diadakan pada setiap 14 Jun setiap Jun dan mengapakah Hari Penderma Darah Sedunia ini dimasukkan sebagai satu hari yang penting dalam kalender kehidupan kita?

Pengenalan

Hari Penderma Darah Sedunia disambut setiap 14 Jun bagi menghargai jutaan penderma darah di seluruh dunia. Menurut Pusat Darah Negara (PDN), setiap unit darah yang didermakan boleh diproses menjadi sel darah merah, platelet, dan plasma, yang mampu menyelamatkan sekurang‑kurangnya tiga nyawa.

Di Malaysia, kempen derma darah dijalankan sepanjang tahun dengan sokongan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan hospital utama. Derma darah bukan sahaja menyelamatkan pesakit, tetapi juga memberi manfaat kesihatan kepada penderma seperti pemeriksaan kesihatan percuma dan pengurangan risiko penyakit tertentu.

Borang Pendaftaran & Fakta

Berdasarkan kepada fakta Pusat Darah Negara PDN dalam Facebook rasminya, tanggal 4 Jun setiap tahun, seluruh dunia menyambut Hari Penderma Darah Sedunia. Aktiviti derma darah ini memberi kebaikan kepada kesihatan dan membawa keberkatan kepada hidup penderma. Jadi, penghayatan tentang peri pentingnya Hari Penderma Darah Sedunia boleh dimasukkan dalam kelendar kehidupan kita.

Mengikut angka yang dikeluarkan oleh Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia KKM menerusi Facebook rasmi, stok darah dijangka akan menurun sewaktu musim perayaan. Kumpulan darah yang terjejas atau sangat diperlukan adalah kumpulan darah A,B dan O. Pusat Darah Negara PDN meletakkan tiga (3) kumpulan darah iaitu A, B dan O adalah dalam keadaan berjaga-jaga sebelum stok darah kategori tersebut kehabisan.

Kelayakan

Untuk memastikan keselamatan penderma dan penerima, syarat kelayakan rasmi ditetapkan oleh PDN dan KKM:

Perkara-perkara Yang Perlu Diketahui

Untuk itu semua darah yang didermakan akan diuji untuk mengesan jangkitan Hepatitis B dan C, HIV dan Sifilis. Walaubagaimanapun, ada kalanya ujian-ujian ini gagal mengesan darah yang baru sahaja dijangkiti. Akibat darah yang dijangkiti ini mungkin akan diberikan kepada pesakit tanpa disedari. Oleh sebab itu, bagi membantu kami memastikan darah didermakan adalah selamat untuk digunakan, anda diminta untuk membaca dengan teliti kenyataan di bawah sebelum anda menderma darah.

Golongan yang Tidak Diminta Menderma Darah

Siapakah golongan yang tidak diminta menderma darah? Sila klik butang “Next” untuk mendapatkan info berkaitan perkara ini.

Saranan

Penderma disarankan mengambil langkah berikut:

Rawatan & Manfaat

Selain menyelamatkan nyawa, penderma darah mendapat manfaat kesihatan dan sokongan rasmi:

Kesimpulan

Maka dapat disimpulkan bahawa Hari Penderma Darah Sedunia ini adalah sebagai titik tolak untuk kita melakukan sesuatu iaitu dengan menderma darah. Darah yang kita dermakan tidak akan habis malah badan kita akan mencipta darah baru yang lebih baik. Permasalahan stok darah yang berkurangan tidak terjadi kepada negara Malaysia, malah hampir diseluruh dunia. Sebab itulah Hari Penderma Darah Sedunia diadakan untuk meningkatkan kesedaran untuk menderma.

Ramai yang faham akan masalah ekonomi ataupun politik dalam negara kita tapi tahukah anda masalah kekurangan stok darah juga adalah masalah negara yang perlu diselesaikan oleh kita warga prihatin.

Ingatilah Hari Penderma Darah Sedunia dan masukkan tanggal 14 Jun sebagai tarikh penting dalam hidup anda!

Tahukah Anda?

Hanya dengan seorang derma darah dapat menyelamatkan 3 nyawa manusia? Jadi cepat-cepat menjayakan misi derma darah.

Hubungi Pusat Darah Negara (PDN)

Ringkasan

Hari Penderma Darah Sedunia
error: Content is protected !!