Hipertensi

Tajuk Hipertensi Tekanan Darah Tinggi Bacaan Komplikasi adalah topik sangat penting dibincang kerana dewasa ini ramai dikalangan masyarakat yang terlalu stress dan tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat. Dapatkan saranan dari Kementerian Kesihatan Malaysia KKM mengenai adakah kita mengalamai tekanan darah tinggi ini, cara mengesan dan juga komplikasi jika tekanan darah tinggi tidak dapat dikawal.

Hipertensi Tekanan Darah Tinggi Bacaan Komplikasi Highlights

Gaya hidup moden yang memerlukan anda cepat bertindak, kesibukan jalan raya, masalah di pejabat, terpaksa melakukan beberapa pekerjaan dalam satu hari dan membuatkan kita ghairah untuk mengejar nikmat dunia untuk mencari duit. Kita juga terdedah kepada penyakit kerana mengambil makanan yang tidak sihat kerana banyak sekali ulasan makanan di media sosial yang tentu sahaja mengandungi kandungi lemak tepu dan kolestrol yang tinggi. Kesedaran untuk tidak bebas makan apa sahaja adalah salah satu cara untuk membendung hipertensi.

Oleh yang demikian, mari kita dapatkan informasi rasmi dari Kementerian Kesihatan Malaysia KKM mengenai Tekanan Darah Tinggi Bacaan Komplikasi semoga kita mendapat iktibar dan terhindar dari penyakit kronik seperti darah tinggi yang tidak terkawal.

Definisi Komplikasi dan Bacaan Tekanan Darah Tinggi

Menurut laman Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia KKM, Hipertensi berlaku apabila bacaan tekanan darah didapati tinggi secara berterusan, melebihi paras yang normal tertentu.

Bagaimana Mengetahui Tekanan Darah Anda Tinggi?

Bacaan tekanan darah yang tinggi iaitu melebihi 140/90 mmHg adalah tinggi. Seseorang yang diklasifikasikan sebagai pesakit hipertensi apabila bacaan tekanan darah kekal tinggi selepas beberapa siri pemeriksaan dilakukan.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia KKM lagi, 3 daripada 10 orang dewasa di Malaysia menghidap hipertensi.

Kementerian Kesihatan Malaysia KKM menyenaraikan dua (2) cara berikut untuk mengenalpasti kesihatan anda seperti berikut:

  1. Periksa tekanan darah anda dengan kerap.
  2. Pastikan tekanan darah anda terkawal.

Kesimpulan Penyakit Tekanan Darah Tinggi

Penyakit tekanan darah tinggi atau hipertensi ini mesti kita kenal pada peringkat awal dengan melakukan pemeriksaan sendiri menggunakan alat membaca tekanan darah yang boleh didapati difarmasi. Lakukan pemeriksaan setiap hari jika tekanan darah anda naik secara konsisten. Buang sifat malas untuk memeriksa dan mencatit bacaan tekanan darah kerana jika terlambat, anda mungkin mendapat komplikasi yang sangat merbahayakan kesihatan anda.

Dapatkan nasihat doktor dan lakukan pemeriksaan berkala di klinik atau hospital untuk mengenalpasti tahap kesihatan anda. Hindari stress melampau dan banyakkan bersabar atas sesuatu perkara disamping dapatkan tidur yang cukup supaya anda tidak stress.




Hipertensi: Ringkasan

  • Tajuk Artikel Kesihatan: Hipertensi
  • Kategori: #Penyakit 
  • Tujuan: #MaklumatAm 
  • Sumber: FB KKM official

Soalan Lazim Berkaitan Kesihatan – Kemusykilan Anda Terjawab

Dapatkan jawapan kepada persoalan kesihatan yang paling kerap ditanya. Kami menyediakan maklumat yang jelas dan padat untuk membantu anda memahami pelbagai topik kesihatan dan membuat keputusan yang bijak mengenai kesejahteraan hidup anda.

Frequently Asked Health Questions – Your Health Concerns Answered

Looking for answers to your health questions? We’ve gathered the most frequently asked health concerns and provided clear, concise information to help you understand various health topics. With this easy-to-understand guide, you’ll be able to make informed decisions about your well-being and live a healthier life.

Apakah komplikasi dari Hipertensi yang tidak terkawal?

Komplikasi tekanan darah tinggi tidak terkawal boleh menyebabkan:

  • Kegagalan jantung
  • Dementia
  • Strok / Angin ahmar
  • Kebutaan
  • Kegagalan fungsi buah pinggang

Bagaimanakah cara mengelakkan anda dari Hipertensi yang tidak terkawal?

Mengamalkan cara hidup sihat seperti tidak merokok, berhenti minum alkohol dan melakukan senaman dapat membantu pesakit tekanan darah tinggi disamping makan ubat darah tinggi yang perlu diambil setiap hari.

error: Content is protected !!