Senaman untuk Ibu Mengandung Ibu mengandung adalah satu fasa dalam kehidupan yang unik. Oleh itu, pelbagai senaman ringan yang kami kongsikan adalah mudah, selamat dan...
Hubungan Kelamin dalam Menjana Zuriat
Bagaimana cara mendapat zuriat melalui hubungan kelamin semulajadi dalam perkahwinan? Bagaimana cara mengira waktu subur anda? Dapatkan semua info kesihatan dan rawatan kesuburan disini.
Hubungan Kelamin Semulajadi Dalam Perkahwinan Highlights
Pasangan suami isteri yang sah adalah halal untuk membuat hubungan kelamin tidak kira pada bila-bila masa, pada siang hari atau pada waktu malam. Semua ini bergantung kepada persetujuan kedua-dua pihak. Jika si suami sibuk bekerja pada siang hari, waktu yang sesuai untuk membuat hubungan kelamin adalah pada sebelah malam. Ataupun di atas permintaan suami atau isteri, hubungan kelamin ini boleh dijalankan pada bila-bila masa.
Ada juga pasangan yang lebih suka membawa isterinya bercuti-cuti disamping dapat melancong dapat juga mengenali diri pasangan masing-masing. Dengan membawa pasangan pergi melancong dapat melegakan seketika urusan pejabat dan hiruk pikuk kotaraya. Dan cara ini adalah cara yang paling sesuai bagi pasangan yang ingin terus menjalin ikatan kasih walaupun sudah lama berkahwin. Jika ada ongkosnya, tidak menjadi masalah untuk dibawa melancong dalam atau luar negara. Tetapi jika mempunyai bajet yang sedikit, lebih baik jalan-jalan dan bawa ke hotel yang berdekatan dengan rumah.
Kitaran Haid
Perhubungan seks yakni persetubuhan boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja asalkan tidak nampak orang luar. Untuk seseorang wanita itu hamil, pasangan suami isteri harus mengetahui kitaran haid dan waktu subur untuk melakukan hubungan seks (hubungan ranjang). Anda boleh membawa pasangan anda keluar bercuti dan bincangkan mengenai kitaran haid dan waktu subur supaya proses mengandung lebih mudah dan tidak memakan tempoh yang lama.
Bercuti untuk Satu Tujuan Suci
Bawa ke tempat sejuk seperti di Cameron Highlands atau Genting Highlands kerana dalam suasana sejuk ini akan membuatkan fizikal pasangan menjadi sejuk dan akan rapat dengan kita. Tempat yang panas pula seperti di kawasan pantai seperti di Pulau Pinang atau di Langkawi juga menarik. Disamping dapat menikmati keindahan lautan dan pantai yang bersih, ia juga dapat menggamit suasana romantik.
Waktu Subur Wanita
Umpama sebatang pokok buah pasti ada musim berbuah. Dan begitulah juga dengan wanita yang mempunyai waktu subur dalam kitaran haid. Biasanya waktu subur wanita yang mengalami kitaran period yang normal adalah pada hari ke-14 selepas hari pertama haid. Namun, tidak semua perempuan mempunyai kitaran haid yang normal iaitu 28 hari. Ada yang 32 hari dan ada pula 34 hari.
Semua itu bergantung kepada badan wanita itu sendiri dan tidak ada salahnya jika perempuan tersebut datang haid lambat sedikit. Tetapi jika terlalu lambat datang haid sehingga 40 hari itu tandanya anda mungkin mengalami masalah kesuburan dan memerlukan rawatan kesuburan untuk hamil.
Jadi, hubungan kelamin semulajadi dapat anda lakukan pada hari ke-14 iaitu waktu subur isteri anda. Tetapi bagaimana pula perempuan yang kitaran haid 30 hari atau 32 hari seumpamanya? Bagaimana cara mengira waktu subur wanita?
Cara Mengira Waktu Subur Wanita
Ramai yang tidak pandai mengira waktu subur isteri anda. Jadi usaha untuk hamil sukar dicapai. Seperti yang disebutkan sebentar tadi, jika kitaran haid 28 hari maka waktu suburnya ialah 14 hari. Cara pengiraan waktu subur seperti berikut: –
- Jika kitaran haid 30 hari maka waktu subur untuk melakukan hubungan kelamin semulajadi adalah jatuh pada hari ke-16 (30 ditolak 14 bersamaan 16).
- Jika kitaran haid 32 hari, maka waktu subur untuk melakukan hubungan kelamin semulajadi adalah jatuh pada hari ke-14 (32 tolak 14 bersamaan 18).
- Jika kitaran haid 34 hari, maka waktu subur untuk melakukan hubungan kelamin semulajadi adalah jatuh pada hari ke-16 (34 tolak 14 bersamaan 20).
Tips Cepat Hamil
- Sebaik-baiknya, lakukan hubungan kelamin semulajadi selang sehari dari waktu subur, diikuti pada hari jatuhnya waktu subur dan selang sehari selepas waktu subur. Cara ini dapat meningkatkan peluang untuk hamil dengan lebih cepat.
- Tips cepat hamil seterusnya adalah luangkan masa bersama seperti pergi bercuti supaya tekanan kerja tidak difikirkan semasa melakukan hubungan seks. Jangan membawa peralatan kerja seperti laptop jika anda ingin berasmara dengan pasangan anda.
- Jika anda tidak mempunyai kesempatan untuk bercuti, banyakkan masa bersama dalam bilik dan lakukan aktiviti secara bersama-sama seperti mandi, memasak dan lain-lain.
Biasanya pasangan suami isteri yang membuat hubungan kelamin secara semulajadi akan dapat zuriat dalam masa 6 bulan hingga ke maksima 2 tahun selepas berkahwin. Tetapi jika pasangan masih tidak mengandung selepas dari tempoh di atas, anda dinasihatkan untuk pergi ke doktor pakar kesuburan. Kemungkinan besar anda atau pasangan anda mempunyai masalah kesuburan.
Indikator di atas adalah cara terbaik untuk mengenali anda atau pasangan anda mempunyai masalah kesuburan. Apabila anda berjumpa doktor pakar di jabatan reproduktif, anda telahpun melangkau ke langkah kedua iaitu ujian rawatan kesuburan. Jom kita bicarakan mengenai tajuk seterusnya iaitu ubat rawatan kesuburan.
Hubungan Kelamin: Ringkasan
- Tajuk Artikel Kesihatan: Hubungan Kelamin
- Kategori: #Kesuburan
- Tujuan: #MaklumatAm
Rawatan Kesuburan Terbaik Lelaki dan Wanita
Pelajari lebih lanjut mengenai rawatan perubatan terbaik yang tersedia untuk lelaki dan wanita dengan masalah kesuburan, seperti ubat kesuburan dan IVF. Kenali juga punca-punca bersama pakar sakit puan/ tuan terkemuka negara.
Ketahui Endometriosis: Dr Hamid Arshat
Endometriosis Merosak Sistem Peranakan Wanita Episod kali ini Dr Hamid Arshat akan berkongsi mengenai penyakit endometriosis yang merosakkan peranakan wanita. Bagaimana ia berlaku? Diharap perkongsian...
Understanding Endometriosis: Dangerous Female Reproductive System
Endometriosis This episode, Dr Hamid Arshat will share about endometriosis which damages women’s reproduction. How did it happen? It is hoped that this partnership can...
Petua Mudah Hamil Dr Hamid Arshat, Gynecologist Malaysia
Lakukan Beberapa Perkara Ini untuk Mudah Hamil oleh Dr Hamid Arshat Kali ini Dr Hamid Arshat akan berkongsi mengenai petua mudah hamil kepada para wanita...
Dr. Hamid Arshat’s Pregnancy Tips: Journey to Parenthood!
Pregnancy Tips from Dr. Hamid Arshat This time, Dr Hamid Arshat will share about easy pregnancy tips to women out there who have not yet...
HSG X Ray Masalah Tiub Fallopian: Dr Hamid Arshat
HSG X Ray oleh Dr Hamid Arshat Apakah itu HSG X Ray untuk fallopian tube? Apakah pula hydrosalpinx fallopian tube dan apa yang menyebabkan tersumbat?...
HSG X-Ray: Fertility Issues by Dr. Hamid Arshat
HSG X-Ray by Dr. Hamid Arshat What is HSG X Ray for fallopian tube? What is hydrosalpinx fallopian tube and what causes a clogged? Tell...
Gonadotrophins: Rawatan Kesuburan oleh Dr Hamid Arshat
Gonadotrophins bersama Dr Hamid Arshat Jom kita ikuti apakah itu ubat kesuburan Gonadotrophins untuk merangsang tumbuhan telur dari kuliah Dr Hamid Arshat dalam episod sistem...
Web Directories
Explore a wide range of information and resources tailored to your interests. Whether you’re looking for travel inspiration, financial tips, hobby ideas, product reviews, or more, our carefully selected links have something for everyone. Click the links above to start your journey toward discovering new experiences and expanding your horizons. Your next adventure is just a click away!
- https://asiaworldtour.com: “Asia World Tour: Your Gateway to Asian and World Adventures”
- https://personalfinancingloan.com: “Personal Financing Loan: Your Path to Financial Freedom”
- https://hobbyforte.com: “HobbyForte: Discover Your Car Passion, Explore Your Interests”
- https://reviewsanything.com: “ReviewsAnything: Your Trusted Source for Honest Gadget Reviews”
- https://rumahmampumilik.com: “Rumah Mampu Milik: Your Affordable Homeownership Journey Begins Here”
- https://malaysiadigit.com: “MalaysiaDigit: Your Digital Destination for News and Insights”
- https://vipmalaysia.com: “VIP Malaysia: Elevate Your Experience in Malaysia”
- https://nordiyana.com: “Indulge in Elegance at Nordiyana: Latest Recipe and Culinary Inspirations”
- https://e-penyatagaji.com: “E-Penyata Gaji: Simplifying Payroll Management for You”
- https://googleasia.org: “Google Asia: Explore the World and Asia’s Wonders with Google Asia”
- https://malaysiafit.com: “Malaysia Fit: Your Partner in Health and Wellness”
- https://koperasi.info: “Koperasi: Building Communities, Empowering Lives”
- https://recipeinside.com: “RecipeInside: Unveiling Culinary Creations, Your Guide to Delicious Dishes”
- https://asiahealthcenter.com: “Asia Health Center: Your Source for Holistic Wellness Solutions”
- https://nationalhealthcenters.com: “National Health Centers: Your Source for Vital Health Information and Community Care”
- https://malaysiabit.com: “MalaysiaBit: Stay Informed, Stay Connected”
- https://epenyatagaji.com: “E-Penyata Gaji: Your Digital Payslip Solution”
- https://koperasi.work: “Koperasi Work: Collaborate, Innovate, Succeed”
- https://koperasi.business: “Koperasi Business: Driving Entrepreneurship, Fostering Growth”
Soalan Lazim Berkaitan Kesihatan – Kemusykilan Anda Terjawab
Dapatkan jawapan kepada persoalan kesihatan yang paling kerap ditanya. Kami menyediakan maklumat yang jelas dan padat untuk membantu anda memahami pelbagai topik kesihatan dan membuat keputusan yang bijak mengenai kesejahteraan hidup anda.
Apakah itu hubungan kelamin?
Hubungan kelamin iaitu persetubuhan bermaksud sepasang suami isteri melakukan aktiviti intim dalam alam perkahwinan dengan tujuan untuk mendapatkan zuriat, melepaskan nafsu dan merapatkan hubungan yang terjalin.