Cacar Monyet (Monkeypox)

Ingin tahu apa itu Cacar Monyet (Monkeypox) dan bagaimana sejarah dan asal usul penyakit ini berlaku? Mari kita dapatkan informasi berguna dari fakta yang tepat dan sumber yang dipercayai supaya anda menjadi seorang warga berilmu dan boleh membezakan yang mana satu fakta atau auta. 

Cacar Monyet (Monkeypox) Definisi Sejarah Highlights

Penyakit yang sedang hangat diperkatakan iaitu Cacar Monyet ataupun dalam bahasa Inggerisnya ialah Monkeypox sekarang ini sudah menular di seluruh pelusuk dunia. Dan apakah yang anda perlu tahu mengenai penyakit Monkeypox ini? Kami berjaya mendapatkan maklumat tepat dan sahih dari Kementerian Kesihatan Malaysia KKM mengenai Apa Itu Monkeypox Definisi Sejarah. Semoga kita mendapat manfaat mengenai perkara ini.

Apa Itu Cacar Monyet?

Monkeypox atau Cacar Monyet adalah sejenis penyakit zoonotik yang disebabkan oleh virus Monkeypox. Virus tersebut tergolong dalam genus Orthopoxvirus daripada keluarga virus Poxvirdae. Virus lain dalam keluarga Poxvirdae adalah termasuk cacar air (smallpox), vaccinia, cowpox, camelpox dan ectromelia (mousepox). Selepas cacar berjaya dibasmi pada tahun 1980 dan pemberian vaksin cacar diberhentikan, Monkeypox telah muncul sebagai jangkitan Orthopoxvirus yang paling lazim berlaku kepada manusia.

Terdapat dua (2) clade virus Cacar Monyet iaitu dari Afrika Tengah (Congo Basin) dan Afrika Barat. Virus clade Congo Basin telah menyebabkan penyakit yang lebih teruk dan ia lebih mudah berjangkit. Nama Cacar Monyet agak mengelirukan kerana pembawa utama virus ini adalah haiwan kecil seperti tikus. Ia dinamakan sedemikian kerana virus ini pertama kali ditemui dalam monyet makmal pada akhir 1950-an. Walaubagaimanapun, saintis masih tidak dapat menentukan samada monyet adalah haiwan pembawa yang utama.

Apakah Prevalens Monkeypox?

Cacar Monyet telah dilaporkan dikawasan hutan hujan tropika di Afrika Tengah dan Afrika Barat. Negara yang terdapat dikedua-dua kawasan ini adalah Republik Demokratik Congo, Republik Congo, Cameroon, Republik Afrika Tengah, Nigeria, Ivory Coast, Liberia, Sierra Leone, Gabon dan Sudan Selatan. Cacar Monyet dianggap endemik di Republik Demokratik Congo (DRC). Sejak 2005, terdapat lebih 1,000 kes yang disyaki dalam setahun. Nigeria pula pernah melaporkan kejadian wabak yang besar pada tahun 2017 hingga 2018.

Tahukah Anda?

Jadi penyakit Cacar Monyet atau Monkeypox ini bukan baru lagi dalam sejarah perubatan dunia. Tetapi kebanyakan dari kita merasakan bahawa ia adalah penyakit baru. Sentiasa berhati-hati dan dapatkan informasi yang betul untuk kesejahteraan semua.

Contact Kementerian Kesihatan Malaysia KKM

Sektor Zoonosis
Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia

Tel: 0388834412 / 4508 / 4509
Fax: 02-88891013

zoonosis@moh.gov.my




Cacar Monyet (Monkeypox): Ringkasan

  • Tajuk Artikel Kesihatan: Cacar Monyet (Monkeypox)
  • Kategori: #InfoSihat 
  • Tujuan: #MaklumatAm 
error: Content is protected !!