Cacar Monyet (Monkeypox)
Ketahui virus terbaru melanda dunia iaitu Monkeypox ataupun Cacar Monyet? Mari kita dapatkan informasi dari sumber yang dipercayai supaya kita dapat menjaga diri kita sewaktu berada diluar.
Langkah Pencegahan Penyakit Monkeypox (Cacar Monyet) Highlights
Setelah kita mengetahui tentang definisi dan sejarah, FAQ, tanda dan gejala Monkeypox, kini kita dapatkan pula bagaimana Langkah Pencegahan Penyakit Monkeypox yang perlu dilakukan oleh pengembara di negawa wabak supaya kita terhindar dari penyakit ini.
Apakah Langkah Pencegahan Penyakit Monkeypox (Cacar Monyet)?
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi informasi pada Facebook KKM rasmi menyatakan bahawa wabak monkeypox yang disebabkan oleh jangkitan orthopoxviruses telah melanda beberapa negara benua Eropah, Amerika Syarikat, Kanada dan Australia.
Laporan awal mengatakan sebahagian kes yang mengalami jangkitan monkeypox ini mendapat jangkitan melalui kontak langsung dengan individu lain (pesakit monkeypox). Oleh itu, KKM ingin menasihati pengembara ke kawasan-kawasan yang terdapat kejadian monkeypox untuk mengambil langkah berjaga-jaga seperti yang dikongsikan.
KKM juga akan terus memantau perkembangan situasi Cacar Monyet ini melalui laporan yang dikeluarkan oleh pihak WHO dan melakukan pemantauan kes disyaki Cacar Monyet di Malaysia di semua Pintu Masuk Antarabangsa (PMA).
Bagi pemgembara ke kawasan-kawasan yang terdapat kejadian Cacar Monyet di Afrika Tengah dan Afrika Barat serta negara-negara yang sedang mengalami wabak penyakit, berikut adalah Langkah Pencegahan Penyakit Cacar Monyet seperti disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia KKM seperti dibawah:
- Kekalkan kebersihan diri yang tinggi termasuk mencuci tangan dengan kerap selepas pergi ke tandas atau apabila tangan kotor.
- Elakkan dari sentuhan lansung dengan luka pada mereka yang dijangkiti samada manusia atau haiwan serta objek yang mungkin tercemar dengan cecair tubuh kes seperti pakaian yang kotor yang digunakan oleh orang yang dijangkiti.
- Elakkan dari bersentuhan dengan haiwan liar atau memakan dagingnya.
Kesimpulan Langkah Pencegahan Penyakit Cacar Monyet
Sentiasa beringat kerana penyakit ini mudah merebak dan menjangkiti manusia melalui sentuhan dan perkara lain seperti disebutkan di atas. Amalkan cuci tangan setiap kali menyentuh sesuatu benda atau bersalaman dengan sesiapa sahaja kerana kita tidak mahu virus ini merebak seperti virus Covid-19 yang merebak dengan sepantas kilat ke semua pelusuk dunia.
Tahukah Anda?
Sentiasa mendapatkan maklumat tepat dan sahih dari sumber yang dipercayai dan jangan ambil ringan akan penjagaan diri (hygiene) dapat menghindarkan kita dari wabak Monkeypox ini. Sentiasa dengar arahan pihak berkuasa mengenai situasi semasa dan marilah kita berdoa supaya ia tidak berlaku di negara kita.
Contact Kementerian Kesihatan Malaysia KKM
Sektor Zoonosis
Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel: 0388834412 / 4508 / 4509
zoonosis@moh.gov.my Fax: 02-88891013