Cacar Monyet (Monkeypox): Pertanyaan Lazim

Dapatkan Frequently Asked Question (FAQ) mengenai penyakit Cacar Monyet (Monkeypox) yang semakin menular sejak pesta gay di Gran Canaria yang dihadiri oleh 80,000 individu gay dari serata Eropah termasuk Britain. Sebagai peringatan, jangan amalkan gaya hidup songsang kerana perkara sedemikian sangat ditegah oleh Agama Islam. Bertaubatlah kepada Allah S.W.T dengan sebenar-benar taubat. Semoga kita dilindungi dari wabak penyakit ini.

Cacar Monyet aka Monkeypox Highlights

Untuk pengetahuan semua, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia ataupun singatannya KKM telah menyediakan  FAQ Cacar Monyet (Monkeypox) kepada tatapan umum. Mari kita dapatkan FAQ ini dari sumber yang sahih.

Soal Jawab Cacar Monyet aka Monkeypox

Pesakit yang dijangkiti akan sembuh tanpa rawatan dalam tempoh selama 2-4 minggu. Selepas dua (2) hari demam, ruam akan kelihatan pada muka dan merebak ke lengan dan kaki, kemudian ke telapak tangan dan kaki. Ruam biasanya merebak ke semua bahagian badan dalam tempoh 24 jam. Walaubagaimanapun, lazimnya ia lebih tertumpu pada bahagian muka, lengan dan kaki.

Ruam bermula sebagai makular dan papular, kemudian berkembang menjadi vesikel dan pustular. Ruam kemudiannya berubah menjadi kuping dan tercabut dalam tempoh 2-4 minggu. Ruam Cacar Monyet (Monkeypox) berbeza dengan cacar air (chickenpox) dimana lesi cacar berada pada pelbagai peringkat perkembangan dan penyembuhan, berbanding lesi Cacar Monyet (Monkeypox) yang berada pada peringkat yang sama.

Bengkak kelenjar limfa berlaku pada masa ruam terbentuk. Ciri ini juga membezakannya dari cacar air atau kayap (varicella).

Contact Kementerian Kesihatan Malaysia KKM

Sektor Zoonosis
Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia

Tel: 0388834412 / 4508 / 4509
Fax: 02-88891013

zoonosis@moh.gov.my




Soalan Lazim Berkaitan Kesihatan – Kemusykilan Anda Terjawab

Dapatkan jawapan kepada persoalan kesihatan yang paling kerap ditanya. Kami menyediakan maklumat yang jelas dan padat untuk membantu anda memahami pelbagai topik kesihatan dan membuat keputusan yang bijak mengenai kesejahteraan hidup anda.

Cacar Monyet adalah Penyakit Zoonotik. Apakah haiwan yang terlibat?

Banyak spesis haiwan yang didapati dijangkiti virus Cacar Monyet. Ia termasuk spesis tupai tali dan tupai pokok, tikus gergasi Gambia, tikus belang, dormis dan promat. Tikus seperti tikus gergasi Gambia (Cricetomys Gambianus) dan tupai disyaki sebagai haiwan pembawa semulajadi virus ini.

Apakah gejala penyakit Monkeypox ini?

Tempoh inkubasi (masa dari jangkitan kepada mula bergejala) untuk cacar monyet ini kebiasaannya adalah antara tuhuh (7) hingga 14 hari (atau dalam lingkungan masa antara 5 hingga 21 hari). Gejala yang dialami adalah:

  • Demam
  • Sakit badan
  • Sakit kepala
  • Bengkak kelenjar limfa
  • Ruam,

Bagaimakah kes baru Cacar Monyet (Monkeypox) dikenalpasti?

Kes jangkitan Cacar Monyet akan datang dengan ruam makulopapular atau vesikular atau pustular yang tersebar diseluruh badan terutama dimuka dan tangan beserta dengan satu atau lebih gejala atau tanda berikut:

  • Demam melebihi 38.3ºc.
  • Sakit kepala yang teruk.
  • Sakit belakang.
  • Sakit urat.
  • Bengkak kelenjar limfa.
  • Kekejangan otot.

Dengan kriteria epidemiologi:

  1. Sejarah pendedahan kepada kes disyaki atau disahkan dijangkiti Cacar Monyet (Monkeypox) semasa tempoh inkubasi.
  2. Atau sejarah pendedahan kepada haiwan mamalia liar, haiwan kurungan atau peliharaan yang dibawa masuk dari negara endemik Cacar Monyet semasa tempoh inkubasi.
error: Content is protected !!