Program PICKids
Vaksinasi adalah sangat penting dan Program PICKids telah dilancarkan dan kini di Malaysia program ini difokuskan kepada kanak-kanak yang berumur 5 tahun hingga ke 12 tahun. Vaksinasi adalah sangat penting bagi mengekang dan memutuskan rantaian virus Covid-19 dan bersama-sama kita mengambil tanggungjawab untuk memastikan anak-anak kita mendapat perlindungan vaksinasi. Cepat sebelum tarikh akhir tamat.
Program PICKids 5 Tahun ke 12 Tahun Highlights
Program PICKids untuk kanak-kanak berusia 5 hingga bawah 12 tahun dilanjutkan ke 31 Mei 2022. Namun, bagi kanak-kanak yang baru mencapai usia 5 tahun pada atau selepas 31 Mei 2022 pemberian vaksin secara percuma masih dibuka untuk mereka. Dikongsikan kaedah membuat janji temu untuk mereka. Lindungi anak anda dari virus Covid-19.
Tarikh Program PICKids Dilanjutkan
Tarikh akhir Program PICKids 5 Tahun ke 12 Tahun telah dilanjutkan kepada 31 Mei 2022 dan apakah yang anda perlu lakukan? Ya, anda harus membawa anak-anak anda untuk ke pusat vaksinasi berdekatan untuk mendapatkan suntikan vaksinasi percuma. Selepas dari tarikh akhir yang diberikan:
- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak lagi menawarkan dos 1 vaksin Pfizer kanak-kanak atau Coronavac secara percuma untuk kanak-kanak yang telah mencapai usia 5 hingga bawah 12 tahun.
- Pengecualian diberikan kepada kanak-kanak berusia 5 tahun hingga bawah 12 tahun yang terpaksa membatalkan temujanji sebelum atau pada 31 Mei 2022 akibat terkena jangkitan Covid-19.
Oleh yang demikian, lindungi diri dan anak-anak daripada virus Covid-19. Daftar sekarang sebelum terlambat.
Program PICKids: Ringkasan
- Tajuk Artikel Kesihatan: Program PICKids
- Kategori: #InfoSihat
- Tujuan: #Promosi
- Sumber: FB KKM official