Skim Peduli Kesihatan B40
Apakah itu Skim Peduli Kesihatan B40 menerusi Peka B40) yang diadakan di Kota Kinabalu Sabah? Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuka Booth di Kota Kinabalu dan telah mendapat sambutan hangat dari masyarakat mengenai skim ini.
Skim Peduli Kesihatan B40 Kota Kinabalu Sabah Highlights
Untuk meningkatkan kesedaran dikalangan masyarakat bandar dan luar bandar, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengadakan sesi penerangan Skim Peduli Kesihatan B40 dengan membuka booth di Kota Kinabalu, Sabah. Berdasarkan gambar, para pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia termasuk Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu sedang memberikan penerangan kepada pengunjung di Booth dan diharap agar penerangan sedemikian memberi manfaat berguna kepada semua. Dapatkan maklumat berikut dibawah:
Penyediaan Skim Peduli Kesihatan B40
Skim yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia menerusi Syarikat ProtectHealth, yang dinaungi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak 2019 telah banyak memberi manfaat dan kelegaan kepada Kumpulan B40 dalam aspek kesihatan dengan bantuan sehingga mencecah RM20,000.00 bagi yang berkelayakan. Aspirasi Keluarga Malaysia dalam siri jelajah di Negeri Sabah telah membuka ruang dan peluang kepada anda secara bersemuka untuk semakan. Jom ramai-ramai ke booth SIHAT KELUARGA MALAYSIA KKM, untuk peroleh penerangan yang jelas maklumat berkaitan PeKa B40 ini.
Jangan lepaskan peluang! KAUNTER PEMBERIAN VAKSINASI COVID-19, PICKids DAN DOS PENGGALAK juga disediakan. Dibuka sehingga 4:00 petang ini, booth K16, Aras 4, Pusat Konvensyen SICC, Kota Kinabalu, Sabah. Skim Peduli Kesihatan B40 RUMAH SIHAT KELUARGA MALAYSIA.
Contact Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu
Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu
A, 1.2 – 12.3, Heritage Plaza, Jalan Lintas, Luyang
88300 Kota Kinabalu
Sabah.
Tel: 088-726 324
Skim Peduli Kesihatan B40: Ringkasan
- Tajuk Artikel Kesihatan: Skim Peduli Kesihatan B40
- Kategori: #InfoSihat
- Tujuan: #Kempen
- Sumber: FB KKM official