Strok Haba
Pelajari tentang strok haba, keadaan kesihatan serius akibat pendedahan berlebihan kepada panas. Artikel ini menerangkan tanda‑tanda, langkah pencegahan, dan cara bertindak segera. Ambil langkah bijak hari ini—lindungi diri anda daripada strok haba.
Pengenalan
Strok haba ialah kecemasan perubatan yang boleh mengancam nyawa. Ia berlaku apabila suhu badan meningkat secara mendadak kerana tubuh tidak mampu menyejukkan diri. Mengetahui simptom awal dan langkah pencegahan amat penting untuk keselamatan diri dan keluarga.
Ramai yang tidak tahu strok haba sebenarnya boleh membawa maut. Kenali tanda dan rawatan yang anda perlu lakukan bagi mengelakkan anda dari mengalaminya walaupun anda seorang penggemar sukan lasak dan banyak melakukan aktiviti luar rumah yang terdedah kepada panas matahari terik.
Tanda
Kenali apakah itu Strok Haba Tanda dan Rawatan menerusi perkongsian di laman media sosial Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Semoga info berguna ini memberi manfaat dan seterusnya dapat menghindarkan diri daripada risiko ini.
Rawatan
Strok haba perlukan rawatan perubatan dan dirawat dengan segera bagi mengelakkan komplikasi yang lebih teruk dan kematian. Jika orang disekeliling menunjukkan tanda-tanda seperti yang ditunjukkan di atas, tetapi apa yang anda perlu lakukan? Berikut dikongsikan apa yang anda perlu lakukan termasuk rawatan seperti berikut:
- Segera bawa pesakit / kawan anda ke tempat teduh.
- Telefon talian kecemasan 999 untuk bantuan ambulans.
- Longgarkan pakaian dan basahkan kulit badan yang didedahkan ke udara sambil menjaga kesopanan pesakit / kawan kita.
- Berikan udara segar dengan mengipaskan pesakit atau halakan kipas secara terus (jika ada).
- Boleh letakkan ais pada leher, ketiak dan pelipat peha untuk menyejukkan aliran darah.
Cepat-cepat hubungi talian kecemasan Malaysia dengan terus klik link dibawah jika anda atau rakan anda menghadapi kerana ia bukan sahaja bahaya kepada anda yang boleh membawa pelbagai komplikasi dan kematian.
Kesimpulan
Strok haba boleh dicegah dengan langkah mudah. Hidrasi yang mencukupi, perlindungan daripada panas, dan kesedaran terhadap simptom awal adalah kunci utama. Utamakan keselamatan diri—ambil tindakan segera jika tanda‑tanda muncul.
Contact Talian Kecemasan
Talian Kecemasan Malaysia 999
Tel: 999
Ringkasan
- Tajuk Artikel Kesihatan: Strok Haba
- Kategori: #InfoSihat
- Tujuan: #MaklumatAm
- Sumber: FB KKM official
Soalan Lazim
Dapatkan jawapan kepada persoalan kesihatan yang paling kerap ditanya. Kami menyediakan maklumat yang jelas dan padat untuk membantu anda memahami pelbagai topik kesihatan dan membuat keputusan yang bijak mengenai kesejahteraan hidup anda.
Kenapa strok haba memerlukan rawatan segera?
Strok haba memerlukan rawatan segera untuk mengelakkan komplikasi dan kematian. Berhati-hati dan minum air masak banyak-banyak disamping kurangkan aktiviti luar rumah.
Apakah itu strok haba?
Strok haba adalah pendedahan kepada cuaca panas boleh menyebabkan sistem badan gagal mengawal suhu badan lalu menyebabkan peningkatan suhu badan yang tinggi sehingga terjadinya perkara ini. Ia (heat stroke) boleh berlaku dengan tanda-tanda berikut:
- Panas, kulit kering, tetapi tidak berpeluh
- Fungsi mental terjejas – Kekeliruan/kebingungan
- Koma
- Sawan
- Ia boleh menyebabkan maut.
- Kekal hidrasi dan elakkan melakukan aktiviti fizikal apabila berada dalam keadaan letih, lapar atau dahaga yang keterlaluan di bawah sinaran matahari yang berpanjangan.
