Program PICKids

Vaksinasi adalah sangat penting dan Program PICKids telah dilancarkan dan kini di Malaysia program ini difokuskan kepada kanak-kanak yang berumur 5 tahun hingga ke 12 tahun. Vaksinasi adalah sangat penting bagi mengekang dan memutuskan rantaian virus Covid-19 dan bersama-sama kita mengambil tanggungjawab untuk memastikan anak-anak kita mendapat perlindungan vaksinasi. Cepat sebelum tarikh akhir tamat.

Program PICKids 5 Tahun ke 12 Tahun Highlights

Program PICKids untuk kanak-kanak berusia 5 hingga bawah 12 tahun dilanjutkan ke 31 Mei 2022. Namun, bagi kanak-kanak yang baru mencapai usia 5 tahun pada atau selepas 31 Mei 2022 pemberian vaksin secara percuma masih dibuka untuk mereka. Dikongsikan kaedah membuat janji temu untuk mereka. Lindungi anak anda dari virus Covid-19.

Tarikh Program PICKids Dilanjutkan

Tarikh akhir Program PICKids 5 Tahun ke 12 Tahun telah dilanjutkan kepada 31 Mei 2022 dan apakah yang anda perlu lakukan? Ya, anda harus membawa anak-anak anda untuk ke pusat vaksinasi berdekatan untuk mendapatkan suntikan vaksinasi percuma. Selepas dari tarikh akhir yang diberikan: 

  1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak lagi menawarkan dos 1 vaksin Pfizer kanak-kanak atau Coronavac secara percuma untuk kanak-kanak yang telah mencapai usia 5 hingga bawah 12 tahun.
  2. Pengecualian diberikan kepada kanak-kanak berusia 5 tahun hingga bawah 12 tahun yang terpaksa membatalkan temujanji sebelum atau pada 31 Mei 2022 akibat terkena jangkitan Covid-19.

Oleh yang demikian, lindungi diri dan anak-anak daripada virus Covid-19. Daftar sekarang sebelum terlambat.




Program PICKids: Ringkasan

  • Tajuk Artikel Kesihatan: Program PICKids
  • Kategori: #InfoSihat  
  • Tujuan: #Promosi 
  • Sumber: FB KKM official
error: Content is protected !!