Vaksin Dos Penggalak
Dos penggalak Covid-19 penting untuk meningkatkan perlindungan terhadap varian baharu. Ketahui panduan lengkap mengenai proses temujanji, fakta rasmi daripada KKM dan WHO, serta langkah praktikal untuk memastikan vaksinasi berjalan lancar. Sertai usaha kesedaran dan buat temujanji vaksin dos penggalak melalui MySejahtera atau walk-in di klinik kesihatan untuk kekal dilindungi.
Langkah Janji Temu Vaksin Dos Penggalak Kedua adalah kesinambungan dari Program Immunisasi Covid Kebangsaan ataupun singkatannya PICK yang dilancarkan untuk memberi kemudahan vaksinasi di Malaysia. Dapatkan bagaimana cara yang boleh anda lakukan menerusi aplikasi MySejahtera (MYSJ) melalui langkah demi langkah yang mudah seperti illustrasi yang ditunjukkan.
Pengenalan
Program vaksinasi Covid-19 di Malaysia diteruskan dengan pemberian dos penggalak bagi memastikan tahap imuniti kekal tinggi. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dos penggalak kedua dan ketiga kini ditawarkan kepada golongan berisiko tinggi termasuk warga emas, pesakit kronik, dan individu dengan sistem imun lemah.
Temujanji boleh dibuat melalui aplikasi MySejahtera atau secara walk-in di klinik kesihatan terpilih. KKM menegaskan bahawa stok vaksin masih mencukupi dan rakyat digalakkan mengambil peluang ini untuk melindungi diri serta keluarga daripada jangkitan Covid-19.
Kepentingan
Perlindungan Tambahan Terhadap Varian Baharu
Dos penggalak membantu meningkatkan imuniti terhadap varian baharu Covid-19 yang lebih mudah merebak. Kajian WHO menunjukkan bahawa imuniti daripada dos asas menurun selepas 6 bulan, menjadikan dos penggalak penting untuk perlindungan berterusan.
Mengurangkan Risiko Jangkitan Teruk
Pesakit yang menerima dos penggalak mempunyai risiko lebih rendah untuk dimasukkan ke hospital. Data KKM menunjukkan kadar kemasukan ICU menurun dengan ketara selepas pemberian dos penggalak.
Melindungi Golongan Berisiko Tinggi
Warga emas dan pesakit kronik lebih mudah mengalami komplikasi Covid-19. Dos penggalak memberi perlindungan tambahan yang boleh menyelamatkan nyawa.
Cara Membuat Tempahan
Cara untuk mendapatkan Vaksin Dos Penggalak Kedua menggunakan aplikasi MySejahtera dan buat masa ini terhad kepada warga yang berumur 60 tahun ke atas dan telah mengambil dos vaksinasi penggalak pertama (first booster). Berdasarkan kepada illustrasi yang ditunjukkan di atas:
- Klik ikon vaksinasi Covid-10 yang berada di atas posisi tengah.
- Kemudian, pilih nama penerima janji temu vaksinasi.
- Selepas itu, klik pautan yang diberikan.
- Langkah ke-4 adalah dengan pilih nama atau lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
- Seterusnya, periksa maklumat yang telah anda pilih dan klik ‘Sahkan’.
- Selesai! Janji temu anda telah disahkan.
Kesimpulan
Vaksinasi telah menyelamatkan ramai orang. Dengan vaksinasi Covid-19, kita dapat menikmati kehidupan yang lebih baik seperti kes harian Covid-19 menurun, sudah tiada penjarakan sosial ketika dalam masjid, majlis perkahwinan dapat dilakukan secara besar-besaran dan gerai makan dan operasi perniagaan dapat dibuka seperti biasa.
Kita tidak perlu risau akan jangkitan ini walaupun virus Covid-19 sudah berada dalam komuniti kerana kita semua sudah divaksinasi. Aap yang penting bagaimana vaksin ini tidak turun secara mendadak dalam badan kita. Diharap agar virus Covid-19 dapat dinyahkan dari bumi Malaysia. Dapatkan Vaksin Dos Penggalak Kedua secara percuma dengan membuat temujanji di aplikasi MySejahtera anda. Lindung diri, lindung semua!
Tahukah Anda?
Untuk suntikan dos penggalak kedua (2nd booster), vaksin yang digunakan adalah Pfizer.
Ringkasan
- Tajuk Artikel Kesihatan: Temujanji Vaksin Dos Penggalak Kedua
- Kategori: #InfoSihat
- Tujuan: #MaklumatAm
