Kalori Lemang Hari Raya
Lemang adalah juadah wajib Aidilfitri, tetapi tahukah anda bahawa satu potong lemang boleh mengandungi hingga 300–400 kalori bergantung pada saiz dan bahan? Dapatkan info terlengkap disini!
Pengenalan
Seringkali kita terbayang diminda betapa sedapnya juadah Hari Raya Aidilfitri di Malaysia seperti ketupat, rendang, lontong, nasi impit segera, kuah kacang, sambal jawa, masak lodeh, serunding daging, serunding kelapa dan lain-lain.
Tetapi tahukah anda berapa kalori lemang? Biasanya makanan wajib hari lebaran ini dibakar pada 2 minggu terakhir bulan Ramadhan dan permintaan semakin tinggi apabila 1 Syawal hampir tiba. Kementerian Kesihatan Malaysia melalui laman Facebook rasmi KKM telahpun mendedahkan berapakah jumlah kalorinya supaya kita mengambil dalam kuantiti yang tidak berlebih-lebihan.
Sedapnya menikmati juadah hari raya di dalam musim perayaan ini. Jom ketahui kalori dalam tiga potong lemang. Kekal bersederhana. Untuk pengetahuan semua, bagi setiap tiga (3) hidangan lemang yang kita makan dengan berat 90-gram bersamaan dengan 300 kcal.
Kajian KKM
Hari Raya Aidilfitri sinonim dengan lemang, ketupat, dan rendang. Lemang yang diperbuat daripada beras pulut, santan, dan garam dimasak dalam buluh adalah makanan tradisional yang kaya rasa tetapi juga tinggi kalori. Menurut pendedahan rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), satu potong lemang bersaiz sederhana boleh mencecah 300–400 kalori, bergantung pada kandungan santan dan saiz hidangan.
Pengambilan berlebihan boleh meningkatkan risiko obesiti, diabetes, dan penyakit jantung. Oleh itu, penting untuk memahami jumlah kalori lemang dan cara mengawal pengambilannya semasa Hari Raya.
Tanda & Risiko
Tinggi Kalori
Lemang mengandungi kalori yang tinggi kerana beras pulut dan santan. Satu potong sederhana boleh menyumbang hampir 20% daripada keperluan kalori harian bagi sesetengah individu.
Tinggi Lemak Tepu
Santan dalam lemang kaya dengan lemak tepu yang boleh meningkatkan paras kolesterol LDL (kolesterol jahat).
Tinggi Karbohidrat
Beras pulut adalah sumber karbohidrat kompleks. Jika diambil berlebihan, ia boleh menyebabkan peningkatan gula darah mendadak.
Risiko Penyakit Kronik
Pengambilan lemang berlebihan dikaitkan dengan risiko obesiti, diabetes jenis 2, dan penyakit jantung koronari.
Langkah Pencegahan
Kawal Saiz Hidangan
Ambil lemang dalam potongan kecil dan jangan berlebihan. Gabungkan dengan lauk berprotein tanpa lemak seperti ayam panggang atau ikan.
Seimbangkan Dengan Buah-Buahan
Makan buah-buahan segar selepas menikmati lemang untuk membantu pencernaan dan mengurangkan rasa muak akibat santan.
Minum Air Kosong
Elakkan minuman bergula ketika makan lemang. Air kosong membantu melancarkan sistem pencernaan dan mengawal kalori tambahan.
Hadkan Kekerapan
Nikmati lemang sekali sehari sahaja sepanjang Aidilfitri, bukan setiap kali berkunjung.
Pilih Lemang Rendah Santan
Sesetengah resepi moden menggunakan santan rendah lemak atau susu cair sebagai alternatif lebih sihat.
Kesimpulan
Pada hemat kami, anda harus bijak menilai makanan apakah yang sesuai dimakan supaya tidak mudaratkan badan kita. Biasanya kepada penggemar lemang bukan sekadar 3 keping sahaja, kadang kala boleh dihabiskan 1 batang lemang dalam sekali menu hidangan. Ini belum dicampur dengan rendang daging yang diambil dalam kuantiti yang banyak, kuah kacang dan kuah masak lodeh atau sambal jawa yang mengandungi santan pekat yang banyak.
Jika dihitung, jumlah kalori yang anda makan pada 1 Syawal dengan minuman manis mungkin 10 kali ganda dari nilai kalori yang diambil pada hari biasa kita. Cuba bayangkan jika pada hari raya ke-2 dan Syawal berikutnya jika anda berkunjung ke rumah saudara mara, anda secara sengaja telah memasukkan kalori yang terlalu banyak dari keperluan badan. Ini boleh mendatangkan masalah obesiti dan kekenyangan melampau. Tumpuan pemanduan akan terjejas jika kita terlebih kenyang.
Walaupun 1 Syawal diharamkan berpuasa, tidak bermakna kita boleh makan ikut suka hati. Bersederhanalah dalam setiap perkara tidak kira dalam urusan jual beli, membeli juadah berbuka puasa, membeli persiapan raya seperti baju raya dan lain-lain perkara termasuk bab pemakanan kerana bersederhana dituntut dalam ajaran agama Islam. Semoga kita mendapat keberkatan dan peringatan mesra ini dapat membantu anda menangani masalah makan terlalu banyak ketika di hari raya.
Tahukah Anda?
Hari Raya sebenarnya mengajar kita erti kemenangan dan kemenangan yang sebenarnya adalah menentang hawa nafsu.
Maklumat Hubungan
- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
- Alamat: Bahagian Kawalan Penyakit, Kompleks KKM, Putrajaya, Malaysia
- Telefon: +603‑8883 4003
- Laman Web: www.moh.gov.my
- E‑mel: info@moh.gov.my
- Waktu Operasi: Isnin – Jumaat, 8:00 pagi – 5:00 petang
Ringkasan
- Tajuk Artikel Kesihatan: Kalori Lemang Hari Raya
- Kategori: #InfoSihat
- Tujuan: #MaklumatAm
Soalan Lazim
Adakah lemang makanan yang sihat?
Tidak ada yang salahnya dengan memakan lemang atau apa jenis makanan pada Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini asalkan tidak keterlaluan dan terlalu kenyang. Cuba makan dalam kuantiti yang sedikit sambil mengambil buah-buahan tempatan dan minum air kosong untuk mengekalkan kesihatan dan kecergasan sepanjang Bulan Syawal.
