Kegagalan Jantung Tahukah anda bahawa kegagalan jantung boleh membawa maut dengan sekelip mata sahaja? Banyak penyakit kronik yang boleh menyebabkan masalah ini. Ketahui disini mengenai...
Penyakit Kardiovaskular
Penyakit Cardiovascular adalah penyakit yang mudah datang jika kita tidak mengawal pelbagai jenis perkara berkaitan kesihatan dan diet kita. Mari kita dapatkan penjelasan lanjut mengenai isu ini supaya kita dapat tangani dengan sebaik mungkin.
Apakah itu Penyakit Kardiovaskular?
Penyakit Kardiovaskular adalah sejenis penyakit yang menjejaskan sistem peredaran darah dalam tubuh. Ia merangkumi penyakit darah tinggi, serangan jantung, aterosklerosis (pengerasan arteri) dan stroke. Penyakit ini adalah salah satu penyebab utama kematian di seluruh dunia.
Penyakit Anemia: Kenali Gejala dan Rawatan Medikal Terkini!
Penyakit Anemia Apakah Anemia? Bagaimana kita mengetahui symptoms dan punca berlakunya penyakit ini? Apa langkah pencegahan dan ubat yang digunakan? Dapatkan semua info kesihatan yang...
Penyakit Hipotensi Ortostatik: Gejala, Rawatan dan Ubat
Hipotensi Ortostatik Hipotensi ortostatik ialah kejadian ketika tekanan darah seseorang jatuh secara tiba-tiba apabila dia berubah daripada berbaring ke keadaan berdiri. Ia biasanya disebabkan oleh...
Ketahui Penyakit Arteri Perifer: Tanda Awal dan Rawatan Terkini
Penyakit Arteri Perifer Arteri Perifer adalah penyakit saluran darah yang mana aliran darah dari jantung ke tangan dan kaki menjadi sempit atau tertutup. Penyebab ini...
Soalan Lazim Berkaitan Kesihatan – Kemusykilan Anda Terjawab
Dapatkan jawapan kepada persoalan kesihatan yang paling kerap ditanya. Kami menyediakan maklumat yang jelas dan padat untuk membantu anda memahami pelbagai topik kesihatan dan membuat keputusan yang bijak mengenai kesejahteraan hidup anda.
Kenapa kita perlu elakkan diri kita dari terkena penyakit kardiovaskular?
Kardiovaskular adalah penyakit yang berpotensi fatal. Disebabkan oleh peningkatan tekanan darah, berisiko tinggi untuk penyakit jantung, serangan jantung, atau strok. Penyakit ini juga boleh menjejaskan fungsi organ lain seperti ginjal, otak, dan hati. Oleh itu, adalah penting untuk kita elakkan diri kita dari terkena penyakit kardiovaskular dengan mengikuti gaya hidup sihat dan menjaga pemakanan yang seimbang. Kita juga perlu bergerak untuk mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dengan melakukan senaman secara kerap.
Apakah punca-punca penyakit kardiovaskular?
Antara sebab utama anda mendapat penyakit kardiovaskular adalah seperti merokok, mengambil makanan berlemak tinggi dan kurang makanan berkhasiat, kurang aktiviti fizikal, diabetes dan tekanan darah tinggi. Disamping itu, faktor keturunan, kolesterol tinggi, obesiti, penggunaan alkohol dan masalah kegemukan mengakibatkan anda sangat mudah mendapat penyakit ini.
Apakah 10 penyakit kardiovaskular paling berbahaya?
Berkut adalah senarai penyakit kardiovaskular paling berbahaya dan digeruni oleh manusia. Selamat menjalankan gaya hidup sihat.
- Serangan jantung
- Strok
- Angina
- Aritmia jantung
- Penyakit jantung koronari
- Penyakit jantung rematik
- Penyakit jantung bawaan
- Aneurisma
- Penyakit arteri perifer
- Hipotensi ortostatik