Tag: Kempen

  • Hari Hipertensi Sedunia dan Bagaimana Cara Meraikannya

    Hari Hipertensi Sedunia dan Bagaimana Cara Meraikannya

    Hari Hipertensi Sedunia

    Hipertensi membunuh secara senyap—1 daripada 3 dewasa di Malaysia menghidap tekanan darah tinggi. Ketahui tanda, langkah pencegahan, serta rawatan & ubat rasmi untuk kawalan berkesan. Sertai kempen Hari Hipertensi Sedunia dan periksa tekanan darah anda segera untuk lindungi kesihatan jantung.

    Pengenalan

    Hipertensi atau tekanan darah tinggi adalah salah satu penyakit tidak berjangkit paling berbahaya kerana ia sering tiada simptom jelas. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, 1 daripada 3 orang dewasa di negara ini menghidap hipertensi, namun kurang daripada 50% berjaya mengawal keadaan mereka. Secara global, 1.28 bilion orang dewasa berumur 30–79 tahun menghidap hipertensi, dan hampir separuh tidak menyedari mereka mengalaminya.

    Hari Hipertensi Sedunia yang disambut setiap Mei adalah peluang penting untuk meningkatkan kesedaran, menggalakkan pemeriksaan tekanan darah, dan memberi panduan praktikal kepada masyarakat.

    Tarikh Sambutan di Malaysia

    Hari Hipertensi Sedunia adalah sebuah hari untuk memperingati penyakit darah tinggi. Ia disambut pada setiap 17 haribulan Mei setiap tahun. Dapatkan informasi mengenai perkara ini serta statistik penduduk rakyat Malaysia yang menghidapi penyakit ini.

    Tekanan atau stress ditempat kerja, kurang rehat dan tidak mengamalkan cara hidup yang sihat mempengaruhi kesihatan kita. Jika stress tidak dapat dikawal, ia boleh mengakibatkan pelbagai jenis penyakit kardiovaskular seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya. Paras kolesterol juga meningkat akibat daripada banyak memakan makanan berminyak dan berlemak tepu.

    Justeru, Hari Hipertensi Sedunia yang diadakan saban tahun pada tanggal 17 Mei adalah sebuah hari untuk menyedarkan kita semua bahawa bahayanya tekanan yang berlebihan. Amati erti sebenar hari memperingati tekanan darah tinggi walaupun tidak sepopular seperti hari perayaan, namun boleh membawa erti yang sangat besar jika dihayati dengan penuh ketelitian. Post kali ini akan memaparkan mengenai statistik yang dikeluarkan oleh badan berwajib negara Malaysia mengenai isu ini.

    Laporan NHMS

    17 Mei setiap tahun adalah Hari Hipertensi Sedunia. Laporan NHMS 2019 menunjukkan 3 daripada 10 atau 6.4 juta orang dewasa di Malaysia menghidap darah tinggi. Namun, hanya separuh menyedari bahawa mereka menghidap penyakit ini.

    Hipertensi ialah antara penyakit tidak berjangkit (NCD) yang dianggap pembunuh senyap kerana kebiasaannya tidak menunjukkan sebarang gejala terutama di peringkat awal penyakit.

    Tanda

    Walaupun sering tiada simptom jelas, beberapa tanda boleh muncul:

    • Sakit kepala berulang
    • Pening atau rasa melayang
    • Sesak nafas
    • Degupan jantung tidak teratur
    • Penglihatan kabur

    Ramai pesakit hanya menyedari keadaan mereka apabila komplikasi serius berlaku seperti strok, serangan jantung, atau kegagalan buah pinggang.

    Langkah Pencegahan

    Untuk mengurangkan risiko hipertensi, langkah berikut disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan WHO:

    • Ukur tekanan darah secara berkala – sekurang‑kurangnya sekali setahun.
    • Amalkan diet sihat – kurangkan garam, makanan berlemak, dan tingkatkan pengambilan buah serta sayur.
    • Aktiviti fizikal – sekurang‑kurangnya 150 minit senaman sederhana setiap minggu.
    • Berhenti merokok & kurangkan alkohol – faktor risiko utama hipertensi.
    • Kawal berat badan – obesiti meningkatkan risiko tekanan darah tinggi.
    • Kurangkan stres – meditasi, tidur cukup, dan pengurusan masa yang baik.

    Rawatan & Ubat

    Rawatan bergantung pada tahap hipertensi dan faktor risiko pesakit:

    • Perubahan gaya hidup – langkah pertama yang disarankan oleh doktor.
    • Ubat antihipertensi – termasuk ACE inhibitors, beta blockers, calcium channel blockers, dan diuretics.
    • Pemantauan berterusan – pesakit perlu mengikuti rawatan secara konsisten kerana hipertensi adalah penyakit kronik.
    • Rawatan komplikasi – jika hipertensi menyebabkan kerosakan organ (contoh: jantung, buah pinggang), rawatan khusus diperlukan.

    Kesimpulan

    Sebaik-baiknya anda digalakkan untuk melakukan ujian tekanan darah tinggi di klinik atau hospital kerajaan untuk mengenalpasti adakah anda mengalamai penyakit darah tinggi. Anda juga boleh membeli alat mengukur bacaan tekanan darah dan periksa tekanan darah anda sebelum tidur, selepas tidur, selepas melakukan aktiviti lasak seperti bersukan dan lain-lain.

    Jika anda mendapati bacaan tekanan darah anda tinggi dan melebihi dari bacaan normal iaitu 120/80, anda harus mendapatkan nasihat doktor. Doktor akan memberikan nasihat supaya merubah cara hidup kepada amalan gaya hidup sihat seperti tidak merokok atau meminum alkohol. Doktor juga akan memberitahu untuk mengurangkan berat badan, mendapatkan rehat yang cukup, melakukan senaman ringan dan lain-lain.

    Pada akhirnya, jika bacaan tekanan darah anda masih tinggi, anda mesti makan ubat darah tinggi seperti yang disarankan oleh doktor atau pakar perubatan. Dapatkan nasihat yang betul dan cepat-cepat membuat rawatan seperti mengambil ubat darah tinggi supaya anda tidak mendapat penyakit kronik yang akan membuat anda menyesal suatu hari nanti.

    Hari Hipertensi Sedunia
    Cara Mengatasi Penyakit Darah Tinggi aka Hipertensi

    Ringkasan

    • Tajuk Artikel Kesihatan: Hari Hipertensi Sedunia
    • Kategori: #InfoSihat 
    • Tujuan: #Kempen 
    • Sumber: FB KKM official

    Soalan Lazim

    Bagaimana cara mengatasi masalah cemas dan tidak tenteram?

    Tarik nafas dalam-dalam dan hembus keluar dengan baik jika hati anda tidak tenteram atau dalam keadaan cemas. Ini membantu peredaran oksigen yang banyak ke dalam darah, jantung, organ dalaman dan juga otak.

    Berapakah kadar hipertensi di Malaysia?

    Berikut adalah petikan yang diambil dari Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai kadar hipertensi di Malaysia.

    • Sesiapa sahaja boleh menghidap penyakit tekanan darah tinggi. Dianggarkan 1 daripada 3 penduduk dewasa Malaysia menghidap hipertensi, iaitu bersamaan kira-kira 6.4juta orang.
    • Daripada jumlah ini, separuh daripada mereka tidak mengetahui bahawa mereka mengidap penyakit ini. Hipertensi juga dikenali sebagai “pembunuh senyap“ (silent killer) kerana ia sering tidak menunjukkan sebarang tanda atau gejala, dan ramai yang tidak menyedari mereka menghidapi penyakit ini sehinggalah munculnya komplikasi pada seseorang.

    Apakah kesan negatif jika anda bersikap panas baran?

    Panas baran adalah keadaan yang tidak baik untuk kesihatan kerana selain dari mengganggu keharmonian, ia juga boleh menyebabkan penyakit kronik seperti penyakit darah tinggi, penyakit jantung dan lain-lain. Dapatkan khidmat nasihat doktor dan pakar nutrisi serta jurulatih kecergasan untuk memastikan anda kekal sihat sepanjang masa.

    Apakah langkah paling ampuh mengatasi penyakit hipertensi?

    Jadi, apakah yang perlu kita lakukan? Berikut adalah tujuh (7) langkah cara mengatasi penyakit darah tinggi yang boleh anda ikuti.

    1. Periksa tekanan darah.
    2. Hadkan garam.
    3. Elakkan alkohol.
    4. Tidak merokok.
    5. Kawal berat badan.
    6. Sentiasa aktif.
    7. Tangani stress.
  • Demam Denggi: Simptom, Pencegahan & Rawatan

    Demam Denggi: Simptom, Pencegahan & Rawatan

    Demam Denggi

    Demam denggi ialah penyakit berjangkit yang disebarkan oleh nyamuk Aedes aegypti. Ia boleh menyebabkan komplikasi serius termasuk denggi berdarah. Artikel ini menghuraikan tanda‑tanda utama, langkah pencegahan, serta rawatan dan ubat yang relevan berdasarkan sumber rasmi KKM dan hospital. Ambil langkah berjaga‑jaga hari ini—lindungi diri dan keluarga daripada demam denggi.

    Berlaku peningkatan ketara Demam Denggi seusai redanya wabak Covid-19 yang melanda negara. Ingin tahu apakah tanda-tanya dan rawatan menurut kaedah Kementerian Kesihatan Malaysia apabila anda mengalami gejala seperti demam kuat dan lain-lain? Semuanya ada disini.

    Pengenalan

    Demam denggi ialah penyakit virus yang boleh membawa komplikasi serius. Ia merebak melalui gigitan nyamuk Aedes dan sering berlaku di kawasan tropika. Mengetahui simptom awal serta langkah pencegahan amat penting untuk mengurangkan risiko jangkitan dan mencegah wabak.

    Demam denggi merupakan salah satu penyakit tropika yang sering berlaku di Malaysia dan negara‑negara jiran. Ia boleh menyebabkan demam tinggi, sakit sendi, dan dalam kes tertentu membawa kepada komplikasi serius seperti denggi berdarah. Pengetahuan tentang tanda awal, langkah pencegahan, dan rawatan amat penting untuk keselamatan diri dan komuniti.

    Demam denggi merupakan penyakit tropika yang semakin meningkat di Malaysia. Menurut KKM, terdapat empat jenis virus denggi (DEN‑1 hingga DEN‑4), dan seseorang boleh dijangkiti lebih daripada sekali sepanjang hayat. Simptom biasanya muncul 4–7 hari selepas digigit nyamuk yang dijangkiti.

    Tanda dan Cegah

    Menurut Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes demam denggi yang dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi ke-19 di Malaysia terus menunjukkan peningkatan. Sehubungan dengan itu, KKM ingin menasihatkan masyarakat agar memastikan persekitaran bersih dan bebas dari pembiakan nyamuk Aedes.

    • Demam panas secara tiba‑tiba
    • Sakit kepala teruk
    • Sakit otot, sendi, dan belakang mata
    • Loya dan muntah
    • Ruam pada kulit
    • Dalam kes lebih serius: pendarahan ringan (gusi, hidung), sakit perut, muntah berterusan, tanda denggi berdarah yang boleh membawa maut

    Cara Cegah

    Sayugia diingatkan, terdapat cara cegah demam denggi dari  trend peningkatan yang membimbangkan. Sila ikuti langkah-langkah dibawah:

    1. Mencegahnya adalah tanggungjawab semua pihak.
    2. Cari dan musnahkan semua tempat takungan air dalam dan luar rumah. Perhatikan jika ada bekas kosong, botol kosong, pasu bunga yang ditakungi air, anda perlu cepat-cepat terbalikkan supaya air tidak bertakung.
    3. Jangan alpa kerana ia boleh mengancam nyawa. Tidak kira golongan, nyamuk akan menyerang dengan gigitan kepada sesiapa sahaja.
    4. Hapuskan tempat pembiakan nyamuk dengan membuang air bertakung
    5. Tutup bekas air dengan rapat
    6. Gunakan repelan nyamuk atau kelambu ketika tidur
    7. Pasang jaring tingkap untuk menghalang nyamuk masuk
    8. Sertai gotong‑royong komuniti untuk membasmi nyamuk Aedes
    9. Amalkan kebersihan persekitaran secara berterusan
    10. Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala seperti yang telah disebutkan.

    Seperti saranan yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia seperti dinyatakan di atas, anda harus bertanggungjawab menjadi persekitaran anda dari memastikan semua peralatan ditelangkupkan agar tiada takungan air yang boleh menyebabkan nyamuk bertelur. Periksa disekeliling rumah anda jika terdapat jentik-jentik dan musnahkan tempat pembiakan.

    Sentiasa beringat bahawa nyamuk aedes walaupun kecil tetapi boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan segera. Hubungi talian kecemasan Malaysia di talian 999 jika anda mengalami seperti diatas.

    Tips Cegah Nyamuk Aedes di Musim Hujan

    Perhatikan semua peralatan kita disusun kemas.dan teratur terutama pada musim hujan. Bersihkan daun kering yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes. Hapuskan denggi tanggungjawab kita bersama.

    Rawatan & Ubat

    • Tiada ubat khusus untuk menyembuhkan demam denggi; rawatan adalah sokongan untuk mengurangkan simptom.
    • Rehat secukupnya dan minum air dengan banyak untuk elakkan dehidrasi.
    • Ubat seperti paracetamol boleh digunakan untuk mengurangkan demam dan sakit (elakkan aspirin atau ibuprofen kerana boleh meningkatkan risiko pendarahan).
    • Pantau tanda amaran seperti muntah berterusan, pendarahan, atau sakit perut teruk — segera dapatkan rawatan di hospital.
    • Menurut Gleneagles Hospital, kira‑kira 1 daripada 20 pesakit boleh mengalami denggi teruk yang memerlukan rawatan segera di fasiliti kesihatan.

    Kesimpulan

    Demam denggi boleh dicegah dengan kesedaran dan tindakan bijak. Dengan menjaga kebersihan persekitaran, menghapuskan tempat pembiakan nyamuk, dan mengenali simptom awal, risiko jangkitan dapat dikurangkan. Utamakan keselamatan keluarga—dapatkan rawatan segera jika gejala muncul.

    Hubungi Talian Kecemasan Malaysia

    Talian Kecemasan Malaysia 999

    Tel: 999

    Ringkasan

    • Tajuk Artikel Kesihatan: Demam Denggi
    • Kategori: #Demam 
    • Tujuan: #MaklumatAm #Promosi #Kempen 
    • Sumber: FB KKM official
  • Skim Peduli Kesihatan B40: Sertai Sekarang

    Skim Peduli Kesihatan B40: Sertai Sekarang

    Skim Peduli Kesihatan B40

    Apakah itu Skim Peduli Kesihatan B40 menerusi Peka B40 yang diadakan di Kota Kinabalu Sabah? Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuka Booth di Kota Kinabalu dan telah mendapat sambutan hangat dari masyarakat mengenai skim ini.

    Pengenalan

    Untuk meningkatkan kesedaran dikalangan masyarakat bandar dan luar bandar, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengadakan sesi penerangan Skim Peduli Kesihatan B40 dengan membuka booth di Kota Kinabalu, Sabah. Berdasarkan gambar, para pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia termasuk Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu sedang memberikan penerangan kepada pengunjung di Booth dan diharap agar penerangan sedemikian memberi manfaat berguna kepada semua. Dapatkan maklumat berikut dibawah:

    Penyediaan

    Skim yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia menerusi Syarikat ProtectHealth, yang dinaungi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak 2019 telah banyak memberi manfaat dan kelegaan kepada Kumpulan B40 dalam aspek kesihatan dengan bantuan sehingga mencecah RM20,000.00 bagi yang berkelayakan. Aspirasi Keluarga Malaysia dalam siri jelajah di Negeri Sabah telah membuka ruang dan peluang kepada anda secara bersemuka untuk semakan. Jom ramai-ramai ke booth SIHAT KELUARGA MALAYSIA KKM, untuk peroleh penerangan yang jelas maklumat berkaitan PeKa B40 ini.

    Jangan lepaskan peluang! KAUNTER PEMBERIAN VAKSINASI COVID-19, PICKids DAN DOS PENGGALAK juga disediakan. Dibuka sehingga 4:00 petang ini, booth K16, Aras 4, Pusat Konvensyen SICC, Kota Kinabalu, Sabah. Skim Peduli Kesihatan B40 RUMAH SIHAT KELUARGA MALAYSIA.

    Hubungi Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu

    Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu
    A, 1.2 – 12.3, Heritage Plaza, Jalan Lintas, Luyang
    88300 Kota Kinabalu
    Sabah.

    Tel: 088-726 324

    Ringkasan

    • Tajuk Artikel Kesihatan: Skim Peduli Kesihatan B40
    • Kategori: #InfoSihat 
    • Tujuan: #Kempen 
    • Sumber: FB KKM official 
error: Content is protected !!