Ketahui Tanda dan Cara Mencegah Demam Denggi Sekarang

Berlaku peningkatan ketara Demam Denggi seusai redanya wabak Covid-19 yang melanda negara. Ingin tahu apakah tanda-tanya dan rawatan menurut kaedah Kementerian Kesihatan Malaysia apabila anda mengalami gejala seperti demam kuat dan lain-lain? Semuanya ada disini.

Tanda dan Cegah Demam Denggi

Tanda dan Cegah Demam Denggi Summary

  • Health Info: Tanda dan Cegah Demam Denggi
  • Ministry: KKM Malaysia
  • Media Publicity: For public awareness

Tanda dan Cegah Demam Denggi Highlights

Menurut Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes demam denggi yang dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi ke-19 di Malaysia terus menunjukkan peningkatan. Sehubungan dengan itu, KKM ingin menasihatkan masyarakat agar memastikan persekitaran bersih dan bebas dari pembiakan nyamuk Aedes.

Cara Cegah Demam Denggi dari Terus Meningkat

Sayugia diingatkan, terdapat cara cegah demam denggi dari trend peningkatan yang membimbangkan. Sila ikuti langkah-langkah dibawah:

  1. Mencegahnya adalah tanggungjawab semua pihak.
  2. Cari dan musnahkan semua tempat takungan air dalam dan luar rumah. Perhatikan jika ada bekas kosong, botol kosong, pasu bunga yang ditakungi air, anda perlu cepat-cepat terbalikkan supaya air tidak bertakung.
  3. Jangan alpa kerana ia boleh mengancam nyawa. Tidak kira golongan, nyamuk akan menyerang dengan gigitan kepada sesiapa sahaja.

Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala seperti yang telah disebutkan.

Kesimpulannya

Seperti saranan yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia seperti dinyatakan di atas, anda harus bertanggungjawab menjadi persekitaran anda dari memastikan semua peralatan ditelangkupkan agar tiada takungan air yang boleh menyebabkan nyamuk bertelur. Periksa disekeliling rumah anda jika terdapat jentik-jentik dan musnahkan tempat pembiakan.

Sentiasa beringat bahawa nyamuk aedes walaupun kecil tetapi boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan segera. Hubungi talian kecemasan Malaysia di talian 999 jika anda mengalami seperti diatas.

Tips Cegah Nyamuk Aedes di Musim Hujan

Related Article About Health Information

Bahaya Demam Denggi: Cegah Sebelum Melarat! Info Disini

Ketahui Tanda dan Cara Mencegah Demam Denggi Sekarang Berlaku peningkatan ketara Demam Denggi seusai redanya wabak Covid-19 yang melanda negara. Ingin tahu apakah tanda-tanya dan rawatan menurut kaedah Kementerian Kesihatan Malaysia apabila anda mengalami gejala...

Read More

FAQ Demam Denggi: Answers to Your Common Questions

Apakah tanda-tanda dan gejala demam denggi?

Risau digigit nyamuk. Pasang kelambu dan ubat nyamuk ketika tidur diwaktu malam? Dapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala denggi seperti:

  • Demam
  • Ruam merah di kulit
  • Sakit kepala
  • Sakit pada bahagian belakang mata
  • Sakit sendi
  • Sakit otot
  • Pendarahan di bawah kulit, hidung, dan gusi

Contact Talian Kecemasan Malaysia

error: Content is protected !!