Manfaat Minum Air Kosong Semasa Hari Raya Aidilfitri

Topik ini bertajuk Minum Air Kosong di Hari Raya bukanlah sesuatu yang istimewa kerana biasanya pada 1 Syawal disajikan dengan kuih raya, rendang, ketupat, minuman manis, lemang dan pelbagai juadah yang sangat menyelerakan. Untuk mendapatkan informasi lanjut mengenai perkara ini, mari kita scroll ke bawah dan mulakan langkah terbaik untuk kesihatan kita. Percayalah dengan kata-kata ini, apabila kita menjaga kesihatan kita akan membawa kebahagiaan pada hari tua kita kelak. Bersama kami untuk terus kekal sihat dan aktif.

Minum Air Kosong di Hari Raya

Minum Air Kosong di Hari Raya Summary

  • Health Info: Minum Air Kosong di Hari Raya
  • Ministry: KKM Malaysia
  • Media Publicity: For public awareness

Minum Air Kosong di Hari Raya Highlights

Ia didefinisikan sebagai air masak, air mendidih pada suhu 100°celcius yang tidak mengandungi gula atau apa-apa perasa. Dalam bahasa inggeris ia dikenali sebagai plain water. Anda boleh minum air bertapis, air mineral atau air masak yang tidak mengandungi klorin dan bakteria seperti mesin air Cuckoo, Coway dan sebagainya.

Persoalannya kenapa topik Minum Air Kosong di Hari Raya ini diangkat menjadi sesuatu yang penting pada musim perayaan? Mari kita dapatkan jawapan menerusi maklumat dari laman Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia KKM berkaitan perkara ini.

Minum Air Kosong di Hari Raya Dari Segi Kesihatan

Dikampung-kampung, air sirap adalah menu air wajib dihidangkan semasa musim perayaan terutama pada 1 Syawal. Rumah Terbuka Aidilfitri juga penuh dengan air manis-manis yang membangkitkan kesedapan. Seperti air sirap dan kebanyakan air manis-manis yang lain, ia mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi dan boleh menyebabkan pelbagai masalah seperti peningkatan berat badan, penyakit kencing manis, kesukaran tidur malam dan seumpamanya.

Kesimpulan Minum Air Kosong di Hari Raya

Walaupun kita dihidangkan dengan juadah raya yang manis-manis termasuk minuman manis, namun kita harus sedar bahawa kita tidak boleh mengikut nafsu untuk makan apa sahaja. Walaupun Hari Raya adalah hari untuk kita bergembira, namun minum air kosong 8 gelas sehari dapat membantu anda untuk mengurangkan pengambilan minuman manis. Jika anda tidak meminum sebanyak 8 gelas air setiap hari terutama pada Hari Raya, anda mungkin akan mengambil 8 gelas minuman manis setiap kali berkunjng ke rumah saudara mara.

Kesedaran mengenai peri pentingnya meminum air masak di Hari Raya perlu datang dari diri sendiri. Kerana biasanya selepas Hari Raya, kita dapat merasakan yang berat badan kita naik mendadak dan bentuk muka kita juga bulat. Anda boleh berdiet selepas itu namun paling penting, anda harus minum air kosong di Hari Raya sebanyak 8 gelas untuk memastikan anda tahap kesihatan anda baik.

Tahukah Anda?

Related Article About Health Information

10 Senaman Terbaik untuk Mengurangkan Keletihan Mata

Ketahui Bagaimana Senaman Dapat Mengurangkan Keletihan Mata Secara Berkesan Ketahui lebih lanjut di website kami dan cuba kaedah senaman terbaik ikhtiar untuk keletihan mata bagi meningkatkan kesejahteraan, produktiviti dan aktiviti harian anda! Senaman ini berfungsi...

Read More

FAQ Minum Air Kosong: Soal Jawab Kesihatan

Kenapa memilih Air Kosong berbanding Minuman Manis?

Berdasarkan fakta, air kosong mengandungi 0 kalori (zero calorie) yang tidak menggemukkan dan tidak memudaratkan kesihatan anda,

Apakah amalan baik untuk mengekalkan kesihatan pada musim perayaan?

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi laman rasmi Facebook KKM telah menegaskan bahawa:

  • Hadkan pengambilan minuman manis di musim perayaan ini.
  • Pastikan meminum air kosong mengikut keperluan harian lapan (8) gelas setiap hari.
  • Sekiranya anda menerima tetamu yang berkunjung ke rumah anda, jangan lupa, sediakan juga pilihan air kosong untuk tetamu anda.
error: Content is protected !!