Bagaimana Endometriosis Merosak Sistem Peranakkan Wanita?

Episod kali ini Dr Hamid Arshat akan berkongsi mengenai penyakit endometriosis yang merosakkan peranakan wanita. Bagaimana ia berlaku? Diharap perkongsian ini dapat memberikan panduan berguna bagi remaja perempuan ataupun wanita yang telah dewasa untuk mengenalpasti penyakit ini dan seterusnya dapat membuat pemeriksaan lanjut dengan berjumpa dengan pakar sakit puan.

Endometriosis adalah penyakit kesuburan wanita yang paling digeruni selepas cyst. Jadi, tanpa berlengah lagi, mari kita dengar kuliah kesihatan dari pakar sakit puan yang terkemuka di Malaysia iaitu Dr Hamid Arshat. Doakan kesejahteraan beliau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta dihindari dari penyakit dan mara bahaya.

What is Endometriosis Hardening Uterus Fibrosis Hydrosalpinx Cyst

Endometriosis Merosak Sistem Peranakkan Wanita Summary

  • Health Info: Endometriosis Merosak Sistem Peranakkan Wanita
  • Health Category: Fertility
  • Media Publicity: For public awareness

Apakah itu Endometriosis?

Endometriosis tumbuh akibat daripada tumpahan darah kotor ke dalam kawasan dibelakang rahim dan tisu endometrium ini tumbuh di ovari, di pundi kencing, saluran kencing, saluran fallopian dan lain-lain tempat.

Jadi bagaimana kerosakan peranakan wanita boleh berlaku? Darah kotor mengandungi bukan sahaja tisu endometrium, darah, bakteria, kuman-kuman dan toksin-toksin lain. Kandungan yang disebutkan ini beracun dan menyebabkan reaksi radangan (inflammation) dipersekitaran kawasan di mana darah itu tumpah dan dimana endometrium itu tumbuh. Jadi setiap kali seseorang itu datang haid, endometriosis yang kini telah tumbuh di belakang rahim atau di mana-mana tempat ataupun dalam ovari, ia akan mengeluarkan darah. Ia akan berdarah seperti darah haid.

Cyst dan Chocolate Cyst

Jadi darah haid ini akan berkumpul jika ia berlaku dalam ovari dan akhirnya kian lama takungan darah ini akan menjadi cyst yang membesar akibat daripada takungan darah kotor yang berlaku setiap bulan ketika haid. Dan darah-darah kotor ini menjadi warna coklat dan sebab itu ia digelar sebagai chocolate cyst dalam ovari.

Menurut Dr Hamid Arshat, darah kotor samada daripada tumpahan dalam rahim ataupun timbul daripada tompok-tompok endometriosis dibelakang rahim itu sendiri adalah cecair yang beracun dan mencetuskan inflammasi atau radangan.

Akibat dari ransangan radangan berulang-ulang kali, maka akhirnya berlakulah Endometriosis adhesions ataupun pelekatan misalnya tisu dinding saluran najis dan dinding rahim. Adhesion adalah hasil peringkat awal inflammasi yang berlaku akibat dari tindakan racun-racun dalam darah kotor tadi.

Saluran Fallopian Bengkak atau Inflammasi

Kebengkakan ini akan merosakkan rerambut pada hujung saluran fallopian. Rerambut ini sangat penting dalam proses persenyawaan benih lelaki dengan telur perempuan kerana apabila berlaku ovulasi, telur itu akan ditarik atau disedut oleh tindakan rerambut pada saluran fallopian.

Tetapi jika seseorang itu mengidap penyakit endometriosis, kerosakan kepada saluran fallopian ini khususnya muncung saluran menyebabkan ia tidak boleh berfungsi lagi. Malah, ia boleh jadi sumbat pada muncung saluran tersebut dan proses endometriosis akan berterusan menyebabkan timbunan darah kotor berada di tempat itu.

Begitulah keadaannya dalam ovari dan juga dibelakang rahim. Sering kali proses ini akan menyebabkan begitu banyak kerosakan ke dalam struktur-struktur yang penting dalam peranakan wanita seperti di saluran fallopian, ovari dan pada rahim.

Gynaecology Info

Fibrosis

Menurut Dr Hamid Arshat lagi, proses yang sekian lama oleh tindakan racun yang terkandung dalam darah kotor tadi dan menjadi fibriotik (atau menjadi tebal) dan tisu otot-otot rahim itu akan ditukar kepada tisu yang berparut seperti parut yang timbul pada bekas pembedahan. Jadi fibriosis ini sangat teruk dan merosakkan rahim sehingga ia menyebabkan tidak boleh berfungsi untuk menaungi bayi dalam kandungan. Malah ia boleh menyebabkan kesakitan yang sangat teruk ketika waktu datang haid.

Kerosakan Rahim

Kerosakan pada rahim berlaku pada jangka masa yang panjang iaitu bertahun-tahun kemudian akibat dari darah kotor yang berterusan keluar ketika waktu datang haid. Jadi penyakit endometriosis ini adalah satu penyakit yang tidak akan berhenti sendiri. Bagaimana cara mencegah darah kotor itu tumpah ke belakang rahim? Wanita itu sendiri dapat meningkatkan imunitinya sendiri supaya dapat melawan kesan buruk racun-racun dalam darah kotor tadi supaya Endometriosis terhindar dari tubuh kita.

Pengerasan Rahim Akibat Adhesion

Rahim dalam peringkat terakhir akan menjadi keras seperti batu dan akan melekat dengan dalam proses adhesion dengan scarring yang begitu teruk dan hampir mustahil untuk kita memisahkan antara rahim dengan usus besar dibelakangnya. Begitulah teruk sekali kerosakan yang boleh dihasilkan oleh penyakit endometriosis jika tidak dirawat dengan sewajarnya kerana penyakit ini akan terus menerus berlaku sehingga wanita itu mencapai ke tahap menopause.

Begitulah kuliah yang sangat terperinci dari Dr Hamid Arshat ini membuka mata kita dan dapat memberikan kita pengetahuan untuk mengenalpasti penyakit-penyakit misteri yang ada pada wanita. Ia bukan misteri lagi jika kita sudah kenalpasti penyakit tersebut! Jadi buat pemeriksaan berkala dan terus mendapatkan rawatan pakar atau terus ke hospital jika anda mengalami rasa tidak selesa.

Related Article About Fertility

Ketahui Endometriosis Merosak Sistem Peranakkan Wanita

Bagaimana Endometriosis Merosak Sistem Peranakkan Wanita? Episod kali ini Dr Hamid Arshat akan berkongsi mengenai penyakit endometriosis yang merosakkan peranakan wanita. Bagaimana ia berlaku? Diharap perkongsian ini dapat memberikan panduan berguna bagi remaja perempuan ataupun...

Read More

FAQ Endometriosis : Answers to Your Common Questions

Apakah itu endometriosis adhesions?

Endometriosis Adhesions adalah satu keadaan dimana tisu-tisu tebal yang mengikat organ dalaman wanita melekat. Organ-organ dalaman wanita yang akan melekat seperti rahim, ovari, saluran fallopian dan juga usus. Jadi, banyak kawasan akan mengalami inflammasi ini dan menimbulkan banyak akibat kerosakan misalnya kalau ia berlaku dalam saluran fallopian, ia akan menimbukan kerosakan menjadikan saluran fallopian tersumbat atau hujung saluran fallopian menjadi bengkak seperti hydrosalpinx.

Apakah Itu Hydrosalpinx?

Hydrosalpinx ialah tiub fallopio wanita yang tersumbat disebabkan oleh pengumpulan cecair dan pembengkakan tiub di hujungnya.

Bagaimana cara meningkatkan Imuniti supaya dapat hamil?

Meningkatkan imuniti melalui pelbagai cara seperti memperbaiki keadaan kesihatan dan meningkatkan makanan yang lebih berkhasiat dan membeli supplement seperti vitamin C dan vitamin E agar badan wanita itu sendiri meningkat ketahannya dan dapat melawan atau menangkis tindakan keracunan yang berlaku dalam penyakit endometriosis.

Dalam peringkat terakhir, biasanya kerosakan begitu teruk sekali sehingga hilang telur bukan sahaja dirosakkan oleh chocolate cyst tadi malah endometriosis akan melekat kepada dinding rahim, usus menyebabkan tisu-tisu yang normal hampir semuanya rosak dan tidak boleh berfungsi.

error: Content is protected !!