Rahsia Cegah Penyakit Kardiovaskular di Malaysia

Penyakit Kardiovaskular

Penyakit kardiovaskular adalah punca utama kematian di Malaysia, menyumbang lebih 23.3% daripada jumlah kematian menurut Institut Jantung Negara. Artikel ini menghuraikan tanda-tanda penyakit, langkah pencegahan, serta rawatan & ubat sokongan berdasarkan fakta rasmi daripada KKM dan WHO. Sertai usaha kesedaran dan dapatkan panduan praktikal untuk melindungi diri serta keluarga daripada penyakit jantung dan strok.

Pengenalan

Penyakit kardiovaskular merangkumi masalah kesihatan yang melibatkan jantung dan saluran darah, termasuk penyakit jantung koronari, strok, dan hipertensi. Menurut KKM dan Institut Jantung Negara (IJN), penyakit ini menyumbang hampir 23.3% daripada kematian di Malaysia setiap tahun, menjadikannya antara ancaman kesihatan terbesar negara.

Faktor risiko utama termasuk kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi, diabetes, obesiti, dan gaya hidup tidak sihat seperti merokok dan kurang aktiviti fizikal. WHO menekankan bahawa penyakit kardiovaskular adalah penyakit yang boleh dicegah melalui perubahan gaya hidup dan rawatan awal.

Tanda-Tanda

Sakit Dada (Angina)

Pesakit sering mengalami sakit dada atau rasa tertekan yang berlaku ketika aktiviti fizikal. Ini adalah tanda awal penyakit jantung koronari.

Sesak Nafas

Kesukaran bernafas ketika melakukan aktiviti ringan boleh menjadi tanda kegagalan jantung. Ia berlaku apabila jantung tidak dapat mengepam darah dengan baik.

Degupan Jantung Tidak Teratur

Aritmia atau degupan jantung tidak teratur boleh menyebabkan pening, pengsan, atau risiko strok.

Keletihan Berlebihan

Pesakit mungkin merasa cepat letih walaupun melakukan aktiviti harian biasa. Ini menunjukkan jantung tidak berfungsi dengan optimum.

Topik Hangat & Trending

Soalan Lazim

Kenapa kita perlu elakkan diri kita dari terkena penyakit kardiovaskular?

Kardiovaskular adalah penyakit yang berpotensi fatal. Disebabkan oleh peningkatan tekanan darah, berisiko tinggi untuk penyakit jantung, serangan jantung, atau strok. Penyakit ini juga boleh menjejaskan fungsi organ lain seperti ginjal, otak, dan hati. Oleh itu, adalah penting untuk kita elakkan diri kita dari terkena penyakit kardiovaskular dengan mengikuti gaya hidup sihat dan menjaga pemakanan yang seimbang. Kita juga perlu bergerak untuk mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dengan melakukan senaman secara kerap.

Apakah punca-punca penyakit kardiovaskular?

Antara sebab utama anda mendapat penyakit kardiovaskular adalah seperti merokok, mengambil makanan berlemak tinggi dan kurang makanan berkhasiat, kurang aktiviti fizikal, diabetes dan tekanan darah tinggi. Disamping itu, faktor keturunan, kolesterol tinggi, obesiti, penggunaan alkohol dan masalah kegemukan mengakibatkan anda sangat mudah mendapat penyakit ini.

Apakah 10 penyakit kardiovaskular paling berbahaya?

Berkut adalah senarai penyakit kardiovaskular paling berbahaya dan digeruni oleh manusia. Selamat menjalankan gaya hidup sihat.

  1. Serangan jantung
  2. Strok
  3. Angina
  4. Aritmia jantung
  5. Penyakit jantung koronari
  6. Penyakit jantung rematik
  7. Penyakit jantung bawaan
  8. Aneurisma
  9. Penyakit arteri perifer
  10. Hipotensi ortostatik
Penyakit Kardiovaskular Mudah Menyerang Manusia
error: Content is protected !!