Cacar Monyet (Monkeypox)
Ingin tahu apa itu Cacar Monyet (Monkeypox) dan bagaimana sejarah dan asal usul penyakit ini berlaku? Mari kita dapatkan informasi berguna dari fakta yang tepat dan sumber yang dipercayai supaya anda menjadi seorang warga berilmu dan boleh membezakan yang mana satu fakta atau auta.
Sejarah
Penyakit yang sedang hangat diperkatakan iaitu Cacar Monyet ataupun dalam bahasa Inggerisnya ialah Monkeypox sekarang ini sudah menular di seluruh pelusuk dunia. Dan apakah yang anda perlu tahu mengenai penyakit Monkeypox ini? Kami berjaya mendapatkan maklumat tepat dan sahih dari Kementerian Kesihatan Malaysia KKM mengenai Apa Itu Monkeypox Definisi Sejarah. Semoga kita mendapat manfaat mengenai perkara ini.
Definisi
Monkeypox atau Cacar Monyet adalah sejenis penyakit zoonotik yang disebabkan oleh virus Monkeypox. Virus tersebut tergolong dalam genus Orthopoxvirus daripada keluarga virus Poxvirdae. Virus lain dalam keluarga Poxvirdae adalah termasuk cacar air (smallpox), vaccinia, cowpox, camelpox dan ectromelia (mousepox). Selepas cacar berjaya dibasmi pada tahun 1980 dan pemberian vaksin cacar diberhentikan, Monkeypox telah muncul sebagai jangkitan Orthopoxvirus yang paling lazim berlaku kepada manusia.
Terdapat dua (2) clade virus Cacar Monyet iaitu dari Afrika Tengah (Congo Basin) dan Afrika Barat. Virus clade Congo Basin telah menyebabkan penyakit yang lebih teruk dan ia lebih mudah berjangkit. Nama Cacar Monyet agak mengelirukan kerana pembawa utama virus ini adalah haiwan kecil seperti tikus. Ia dinamakan sedemikian kerana virus ini pertama kali ditemui dalam monyet makmal pada akhir 1950-an. Walaubagaimanapun, saintis masih tidak dapat menentukan samada monyet adalah haiwan pembawa yang utama.
Pesakit yang dijangkiti akan sembuh tanpa rawatan dalam tempoh selama 2-4 minggu. Selepas dua (2) hari demam, ruam akan kelihatan pada muka dan merebak ke lengan dan kaki, kemudian ke telapak tangan dan kaki. Ruam biasanya merebak ke semua bahagian badan dalam tempoh 24 jam. Walaubagaimanapun, lazimnya ia lebih tertumpu pada bahagian muka, lengan dan kaki.
Ruam bermula sebagai makular dan papular, kemudian berkembang menjadi vesikel dan pustular. Ruam kemudiannya berubah menjadi kuping dan tercabut dalam tempoh 2-4 minggu. Ruam Cacar Monyet (Monkeypox) berbeza dengan cacar air (chickenpox) dimana lesi cacar berada pada pelbagai peringkat perkembangan dan penyembuhan, berbanding lesi Cacar Monyet (Monkeypox) yang berada pada peringkat yang sama.
Bengkak kelenjar limfa berlaku pada masa ruam terbentuk. Ciri ini juga membezakannya dari cacar air atau kayap (varicella).
Kawasan Jangkitan
Cacar Monyet telah dilaporkan dikawasan hutan hujan tropika di Afrika Tengah dan Afrika Barat. Negara yang terdapat dikedua-dua kawasan ini adalah Republik Demokratik Congo, Republik Congo, Cameroon, Republik Afrika Tengah, Nigeria, Ivory Coast, Liberia, Sierra Leone, Gabon dan Sudan Selatan. Cacar Monyet dianggap endemik di Republik Demokratik Congo (DRC). Sejak 2005, terdapat lebih 1,000 kes yang disyaki dalam setahun. Nigeria pula pernah melaporkan kejadian wabak yang besar pada tahun 2017 hingga 2018.
Tahukah Anda?
Jadi penyakit Cacar Monyet atau Monkeypox ini bukan baru lagi dalam sejarah perubatan dunia. Tetapi kebanyakan dari kita merasakan bahawa ia adalah penyakit baru. Sentiasa berhati-hati dan dapatkan informasi yang betul untuk kesejahteraan semua.
Hubungi KKM
Sektor Zoonosis
Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel: 0388834412 / 4508 / 4509
Fax: 02-88891013
zoonosis@moh.gov.my
Ringkasan
- Tajuk Artikel Kesihatan: Cacar Monyet (Monkeypox)
- Kategori: #InfoSihat
- Tujuan: #MaklumatAm
Soalan Lazim
Untuk pengetahuan semua, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia ataupun singatannya KKM telah menyediakan FAQ Cacar Monyet (Monkeypox) kepada tatapan umum. Mari kita dapatkan FAQ ini dari sumber yang sahih.
Cacar Monyet adalah penyakit zoonotik. Apakah haiwan yang terlibat?
Banyak spesis haiwan yang didapati dijangkiti virus Cacar Monyet. Ia termasuk spesis tupai tali dan tupai pokok, tikus gergasi Gambia, tikus belang, dormis dan promat. Tikus seperti tikus gergasi Gambia (Cricetomys Gambianus) dan tupai disyaki sebagai haiwan pembawa semulajadi virus ini.
Apakah gejala penyakit Monkeypox ini?
Tempoh inkubasi (masa dari jangkitan kepada mula bergejala) untuk cacar monyet ini kebiasaannya adalah antara tuhuh (7) hingga 14 hari (atau dalam lingkungan masa antara 5 hingga 21 hari). Gejala yang dialami adalah:
- Demam
- Sakit badan
- Sakit kepala
- Bengkak kelenjar limfa
- Ruam,
Bagaimakah kes baru Cacar Monyet (Monkeypox) dikenalpasti?
Kes jangkitan Cacar Monyet akan datang dengan ruam makulopapular atau vesikular atau pustular yang tersebar diseluruh badan terutama dimuka dan tangan beserta dengan satu atau lebih gejala atau tanda berikut:
- Demam melebihi 38.3ºc.
- Sakit kepala yang teruk.
- Sakit belakang.
- Sakit urat.
- Bengkak kelenjar limfa.
- Kekejangan otot.
Dengan kriteria epidemiologi:
- Sejarah pendedahan kepada kes disyaki atau disahkan dijangkiti Cacar Monyet (Monkeypox) semasa tempoh inkubasi.
- Atau sejarah pendedahan kepada haiwan mamalia liar, haiwan kurungan atau peliharaan yang dibawa masuk dari negara endemik Cacar Monyet semasa tempoh inkubasi.
