Wabak Monkeypox: Risiko, Pencegahan & Rawatan

Wabak Monkeypox

Monkeypox atau mpox kini menjadi isu kesihatan global dengan lebih 99,000 kes dilaporkan di 116 negara menurut WHO. Ketahui Tanda Jangkitan Monkeypox, Langkah Pencegahan, serta Rawatan & Ubat Sokongan yang disarankan oleh KKM dan WHO. Sertai usaha kesedaran dan lindungi diri serta keluarga daripada wabak ini dengan panduan praktikal yang terbukti berkesan.

Pengenalan

Monkeypox (mpox) adalah penyakit zoonotik yang disebabkan oleh virus daripada famili Poxviridae. Ia boleh merebak daripada haiwan kepada manusia, tetapi kini lebih banyak kes berlaku melalui sentuhan rapat antara manusia. WHO telah mengisytiharkan monkeypox sebagai darurat kesihatan awam global pada Ogos 2024 selepas peningkatan kes di Afrika dan penularan ke negara lain.

Menurut laporan WHO, sebanyak 99,176 kes mpox telah direkodkan di seluruh dunia dengan 208 kematian antara Januari 2022 hingga Jun 2024. Walaupun tiada kes baru dilaporkan di Malaysia setakat ini, KKM terus melakukan pemantauan di pintu masuk antarabangsa dan memberi amaran kepada pengembara untuk lebih berhati-hati.

Panduan

Menurut laman Facebook rasimi Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM ingin merujuk kepada berita penularan wabak cacar monyet di tiga (3) benua iaitu Benua Eropah (United Kingdom, Sepanyol, Portugal, Belgium, Peranchis, Itali dan Jerman), Benua Amerika (Amerika Syarikat dan Kanada) dan Australia.

Bagi pengembara yang baru tiba dan mengalami gejala jangkitan monkeypox, mereka dinasihatkan untuk mengikuti langkah yang dikongsikan agar:

  • Tindakan pengasingan dapat segera dilakukan.
  • Pengesanan dan kuarantin kontak dapat dilaksanakan bagi mengekang penularan jangkitan.

Nasihat Kepada Pengembara

Berikut adalah nasihat yang dinukilkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kepada pengembara yang pulang dari negara yang telah dikenalpasti wujudnya wabak Monkeypox. Bagi pengembara yang tiba di Malaysia dari kawasan yang terdapat jangkitan Monkeypox dan mengalami gejala ini dalam tempoh tiga (3) minggu selepas meninggalkan kawasan tersebut:

  1. Segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran.
  2. Maklumkan kepada doktor mengenai sejarah perjalanan tersebut.
  3. Elakkan daripada kontrak lansung dengan individu lain.
  4. Lakukan pengasingan diri selama sekurang-kurangnya 21 hari bagi memastikan ruam makulopapular kering sepenuhnya.

Tanda Jangkitan

Demam Dan Sakit Badan

Pesakit biasanya mengalami demam, sakit kepala, sakit otot, dan keletihan dalam tempoh 5–21 hari selepas terdedah. Gejala awal ini sering menyerupai influenza, menyebabkan pesakit sukar membezakan pada peringkat awal.

Ruam Kulit

Ruam bermula di muka sebelum merebak ke seluruh badan. Ia berkembang daripada bintik merah kepada lepuh berisi cecair dan akhirnya menjadi kudis. Ruam ini boleh menyebabkan rasa sakit dan gatal yang ketara.

Bengkak Kelenjar Getah Bening

Berbeza dengan cacar biasa, monkeypox menyebabkan pembengkakan kelenjar getah bening, terutamanya di leher dan ketiak. Ini adalah tanda klinikal yang membantu doktor membezakan monkeypox daripada penyakit lain.

Risiko Komplikasi

Pesakit dengan sistem imun lemah, kanak-kanak, dan wanita hamil lebih berisiko mengalami komplikasi serius termasuk jangkitan sekunder, pneumonia, atau sepsis.

Langkah Pencegahan Penyakit Monkeypox (Cacar Monyet)
Langkah Pencegahan Penyakit Monkeypox (Cacar Monyet)

Langkah Pencegahan

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi informasi pada Facebook KKM rasmi menyatakan bahawa wabak monkeypox yang disebabkan oleh jangkitan orthopoxviruses telah melanda beberapa negara benua Eropah, Amerika Syarikat, Kanada dan Australia.

Laporan awal mengatakan sebahagian kes yang mengalami jangkitan monkeypox ini mendapat jangkitan melalui kontak langsung dengan individu lain (pesakit monkeypox). Oleh itu, KKM ingin menasihati pengembara ke kawasan-kawasan yang terdapat kejadian monkeypox untuk mengambil langkah berjaga-jaga seperti yang dikongsikan.

KKM juga akan terus memantau perkembangan situasi Cacar Monyet ini melalui laporan yang dikeluarkan oleh pihak WHO dan melakukan pemantauan kes disyaki Cacar Monyet di Malaysia di semua Pintu Masuk Antarabangsa (PMA).

Bagi pemgembara ke kawasan-kawasan yang terdapat kejadian Cacar Monyet di Afrika Tengah dan Afrika Barat serta negara-negara yang sedang mengalami wabak penyakit, berikut adalah Langkah Pencegahan Penyakit Cacar Monyet seperti disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia KKM seperti dibawah:

  1. Kekalkan kebersihan diri yang tinggi termasuk mencuci tangan dengan kerap selepas pergi ke tandas atau apabila tangan kotor.
  2. Elakkan dari sentuhan lansung dengan luka pada mereka yang dijangkiti samada manusia atau haiwan serta objek yang mungkin tercemar dengan cecair tubuh kes seperti pakaian yang kotor yang digunakan oleh orang yang dijangkiti.
  3. Elakkan dari bersentuhan dengan haiwan liar atau memakan dagingnya.

Rawatan & Ubat

Rawatan Sokongan

Tiada rawatan khusus, tetapi pesakit diberikan rawatan sokongan seperti ubat demam, rehidrasi, dan kawalan simptom. Rawatan ini membantu pesakit pulih secara semula jadi.

Ubat Antivirus

WHO melaporkan bahawa ubat tecovirimat boleh digunakan dalam kes tertentu dengan kelulusan doktor. Ubat ini telah menunjukkan keberkesanan dalam mengurangkan tempoh penyakit.

Vaksin

Vaksin cacar (smallpox vaccine) didapati memberi perlindungan silang terhadap monkeypox. WHO mengesyorkan vaksinasi bagi kumpulan berisiko tinggi seperti petugas kesihatan.

Pengasingan Pesakit

Pesakit perlu diasingkan sehingga semua ruam sembuh sepenuhnya untuk mengelakkan penularan. Tempoh pengasingan biasanya antara 2–4 minggu bergantung pada tahap penyakit.

Pemantauan Kesihatan

KKM melakukan pemantauan berterusan di pintu masuk antarabangsa dan hospital bagi mengesan kes disyaki. Langkah ini penting untuk mencegah kemasukan wabak ke Malaysia.

Kesimpulan

Monkeypox adalah wabak global yang perlu diberi perhatian serius. Walaupun tiada kes baru dilaporkan di Malaysia, langkah pencegahan seperti kebersihan tangan, kuarantin, dan vaksinasi adalah penting. Dengan kerjasama masyarakat dan pemantauan berterusan oleh KKM serta WHO, kita boleh melindungi diri dan keluarga daripada risiko jangkitan.

Tahukah Anda?

Segera ikuti arahan terkini kerajaan dari semasa ke semasa supaya wabak Monkeypox ini tidak merebak dengan cepat di negara kita. Dapatkan maklumat yang benar dan sahih. Bertindak segala jika terdapat tanda-tanda seperti disebutkan.

Maklumat Hubungan

  • Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  • Alamat: Bahagian Kawalan Penyakit, Kompleks KKM, Putrajaya, Malaysia
  • Telefon: +603‑8883 4003
  • Laman Web: www.moh.gov.my
  • E‑mel: info@moh.gov.my
  • Waktu Operasi: Isnin – Jumaat, 8:00 pagi – 5:00 petang

Ringkasan

  • Tajuk Artikel Kesihatan: Monkeypox
  • Kategori: #PenyakitBerjangkit  
  • Tujuan: #MaklumatAm 

Soalan Lazim

Apakah tanda-tanda penyakit cacar monyet atau Monkeypox ini?

Tanda-tanda jangkitan cacar monyet adalah mirip cacar (smallpox) iaitu demam, keletihan, sakit kepala serta ruam makulopapular.

Penularan Wabak Monkeypox: Tanda dan Gejala
error: Content is protected !!